View: 20365|Reply: 16
|
Suami Elisya Sandha fail tuntutan RM808,260 terhadap syarikat Wak Doyok
[Copy link]
|
|
Suami pelakon Elisya Sandha memfailkan tuntutan sebanyak RM808,260 terhadap personaliti media terkenal Wak Doyok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Januari lalu.
Uzair Haqimy Azman, 29, mendakwa syarikat milik Wak Doyok iaitu WD Food Group Sdn Bhd melanggar perjanjian pembayaran sewa kenderaan daripada syarikatnya iaitu LXM Resources yang menyediakan perkhidmatan logistik.
Pihak Wak Doyok selaku defendan didakwa melanggar perjanjian bagi tempoh 24 bulan iaitu pada 22 Disember 2023 dan 21 Jun 2024.
"Pihak WD Food membuat pembayaran awal tetapi mereka gagal menyelesaikan pembayaran tertunggak bagi kedua-dua perjanjian.
"Kami sudah berusaha menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberi peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan namun mereka gagal mematuhi tuntutan tersebut.
"Maka kami terpaksa membawa perkara ini ke peringkat mahkamah selepas tiada tindak balas daripada mereka selepas notis diserahkan pada Disember tahun lalu," katanya kepada mStar.
Uzair berkongsi perkara itu ketika sidang media berhubung isu berkenaan yang diadakan pada petang Jumaat.
Turut hadir pada sidang media itu peguam Uzair iaitu Ismail Mohamed Ariffin.
Dalam pada itu, Uzair berharap syarikatnya mendapat menuntut keadilan apabila memfailkan tuntutan tersebut terhadap defendan.
Kata Uzair, selain kerugian besar dia turut berdepan kesukaran menstabilkan kembali kewangan syarikat.
Uzair sudah cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan baik namun gagal.
"Saya harapkan keadilan untuk syarikat sebab sudah tentu kami terkesan dengan apa yang berlaku.
"Nak kata sudah kembali stabil pun tidak juga tapi kami cuba uruskan perniagaan dengan baik," jelasnya.
Sementara itu, Ismail menjelaskan tuntutan RM808,260 itu termasuk penaliti kelewatan pembayaran yang merangkumi ganti rugi am, faedah sebanyak lima peratus setahun dan kos guaman.
Ismail turut memaklumkan, pengurusan kes juga sudah dilakukan pada Jumaat dan pihak defendan juga sudah melantik peguam mewakili syarikatnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke diorg kata Wak Doyok ni old money sebenar? Old money tp takde duit ke |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 28-2-2025 08:24 PM
Bukan ke diorg kata Wak Doyok ni old money sebenar? Old money tp takde duit ke
Old money jadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 nye founder2 yg kete mewah byk tu agak2 nye bt mcm ni gak x |
|
|
|
|
|
|
|
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
lain pulak elisha di kamera org lain… |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 28-2-2025 08:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu
Betul dah tu... acik2 cleaner... janitor sekarang memang merata dah berbaju korporat. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
wak doyok sewa kete apa? ke sewa lori? |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata kenderaan2 mewah yang ditayang itu hanyalah tunjuk2 sahaja. Tapi...orang Melayu mudah terpesona & kagum |
|
|
|
|
|
|
|
Old money nie sebenarnya lebih kepada Smart Casual. Lebih kepada nak menunjuk kata macam kaya. Tapi orang yang betul2 kaya takde nyer nak pakai smart selalu, nak posing selalu. Diorang biasa pakai seluar pendek je, tapi gambar kat atas yacht, background belakang kat Maldives. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebelum ni ada kes lain jugak doyok ni |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 28-2-2025 12:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu
Acik yang lawo la tapi. Yang boleh ngorat CEO kampeni macam dalam drama 7 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
Uzair ni bercakap BM failed like bukan anak Melayu sejati ya.
Mana2 bisnes2 atau individu
Nombor yang terterakan |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 28-2-2025 08:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu
Tesembur air kopi overpriced haku baca komen ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 28-2-2025 08:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu
Cam watak acik cleaner bercinta dgn bos besar..
Drama sangatt..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat2 tak berkenan dua ekor ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|