CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16640|Reply: 0

[Pulau Pinang] Semai nilai integriti sejak di bangku sekolah

[Copy link]
Post time 4-10-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-10-2024 09:14 AM

Semai nilai integriti sejak di bangku sekolah

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

04 Oktober 2024 08:03am




Pelajar MRSM Transkrian teruja mengikuti program jelajah antirasuah yang diadakan baru-baru ini.




NIBONG TEBAL - Penerapan nilai integriti seharusnya disemai di dalam diri sejak kecil bagi membentuk pembangunan modal insan masyarakat yang bencikan rasuah.

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian, Kamarudin Sagiman berkata, amalan itu bukan sahaja dapat mewujudkan disiplin serta akhlak yang baik malah bakal melahirkan generasi dan pemimpin berwibawa dalam memacu negara tanpa budaya rasuah atau salah guna kuasa.


Menurutnya, pendedahan isu bahaya rasuah dan pentingnya integriti perlu difahami oleh mereka supaya golongan muda celik dengan kesan perbuatan yang tidak beramanah ini dalam kehidupan mereka pada hari-hari mendatang.


]
Kamarudin




"Kempen Jelajah Antirasuah #Rasuah Busters yang dijalankan merupakan satu gerakan gelombang untuk menghapus penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang terdapat dalam ekosistem dalam negara kita.


"Jadi pendekatan turun ke sekolah ini amat tepat sekali kerana pelajar sekolah melupakan pelapis dan pewaris kepimpinan malah mereka ini yang menguruskan pentadbiran negara kita pada masa akan datang.

"Jadi dengan usaha ini kita mungkin akan dapat membantu membersihkan sistem nilai bila mereka dah faham mengenai kesan sekiranya terjadi rasuah,"katanya kepada Sinar Harian.


Kamarudin berkata, sekiranya nilai integriti dalam diri rapuh mungkin mereka akan terdedah dengan amalan rasuah dan lebih malang boleh memusnahkan karier mereka serta masa depan.




Tegasnya, penerapan nilai integriti akan dapat membina generasi yang mempunyai moral serta jati diri yang baik sekali gus mewujudkan masyarakat bebas rasuah.

"Hanya mereka yang memiliki integriti sahaja mampu mengelakkan diri daripada gejala rasuah dan sudah tiba masanya isu ini diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan budaya ini dapat diperangi bersama.

"Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan kerana dengan nilai integriti dan sifat amanah yang boleh menghindar daripada pengaruh atau perbuatan tidak bermoral,"katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/689076/khas/rasuah-busters/semai-nilai-integriti-sejak-di-bangku-sekolah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.245656 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list