CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7192|Reply: 0

[Pulau Pinang] Didakwa terima suapan RM30,000, penjaga jentera MOSTI direman 6 hari

[Copy link]
Post time 4-10-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa terima suapan RM30,000, penjaga jentera MOSTI direman 6 hari


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 4, 2024 @ 12:42pm[email protected]







Penjaga jentera (dua dari kiri) di agensi MOSTI direman enam hari bagi membantu siasatan kes suapan RM30,000.NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI





GEORGETOWN: Penjaga jentera di sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) direman enam hari bagi membantu siAsatan kes suapan bernilai RM30,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Basri bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang berkhidmat sebagai penjaga jentera di institusi penyelidikan dan pembangunan sumber biologi semula jadi itu tiba ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Berdasarkan maklumat, suspek ditahan di rumahnya dalam satu operasi malam tadi.

Dia disyaki menerima wang sogokan bernilai RM30,000 sebagai balasan bagi membantu kontraktor mendapatkan kerja sivil di agensi berkenaan.

Beberapa kenderaan mewah juga disita dalam operasi itu iaitu kereta jenis Mustang dan dua motosikal berkuasa besar.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1306515/didakwa-terima-suapan-rm30000-penjaga-jentera-mosti-direman-6-hari






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 1.975179 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list