CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12087|Reply: 0

[Perlis] Belanjawan 2025: Harap ada peruntukan majukan pelancongan Perlis

[Copy link]
Post time 4-10-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2025: Harap ada peruntukan majukan pelancongan Perlis


BERNAMA






GAMBAR hiasan. Tasik Timah Tasoh antara tumpuan pelancong di Perlis. FOTO arkib NSTP




Kangar: Kerajaan Persekutuan diharap mempertimbangkan peruntukan khas dalam Belanjawan 2025 untuk memajukan sektor pelancongan di Perlis, khususnya di Padang Besar yang menjadi destinasi tumpuan pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Kelab Usahawan dan Pelancongan Perlis (KUPPs) Dr Ammar Hassan berkata, Padang Besar bukan sekadar lokasi transit malah berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berpandangan peruntukan khas diperlukan untuk menganjurkan acara tahunan seperti karnival usahawan melibatkan penyertaan Indonesia, Malaysia dan Thailand sebagai antara usaha menarik lebih ramai pengunjung luar ke Perlis.

"Saya percaya dengan strategi yang tepat, Perlis dapat menjadi destinasi pelancongan yang berdaya saing, merangsang ekonomi tempatan dan memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat," katanya kepada Bernama.

Untuk rekod, Belanjawan 2025 bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera" akan dibentang di Parlimen pada 18 Okt ini.

Sementara itu, pengarah syarikat pelancongan yang beroperasi di Perlis Anizam Noor berkata kedudukan strategik Perlis antara Langkawi, Pulau Pinang dan Thailand memberikan kelebihan kepada Perlis namun perancangan teliti dan sokongan kerajaan Persekutuan adalah 'kunci' untuk pembangunan sektor pelancongan di negeri ini.

"Diharapkan kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan untuk menaik taraf destinasi pelancongan di Perlis.

"Fasiliti pelancongan sedia ada memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan daya tarikan, sokongan dalam bentuk dana sangat penting bagi meningkatkan imej pelancongan Perlis yang mempunyai potensi besar untuk berkembang," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 4:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140855/belanjawan-2025-harap-ada-peruntukan-majukan-pelancongan-perlis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 1.894536 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list