CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15243|Reply: 0

[Kedah] Khairul Nizam baru tiga bulan kerja di ENS

[Copy link]
Post time 4-10-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Khairul Nizam baru tiga bulan kerja di ENS

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





KHAIRUL Nizam (kanan) yang maut ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Eagle’s Nest Skywalk, Gunung Machinchang, Langkawi. FOTO Ihsan keluarga





Alor Setar: "Arwah adik pernah beritahu yang dia hendak beralih angin selepas hampir 20 tahun bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Tak sangka baru saja tiga bulan bekerja di situ, dia pergi buat selama-lamanya dan mengejutkan kami semua," kata Khairul Ajhar Jaffar, 47.

Dia adalah abang sulung kepada Khairul Nizam, 41, yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraanEagle's Nest Skywalk (ENS) di Gunung Machinchang, Langkawi, semalam.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu daripada ibu, Kasyah Hashim, 72, yang memaklumkan anak ketiga daripada empat beradik itu jatuhketika sedang bekerja.

Katanya, pada mulanya, dia menyangka adiknya hanya jatuh biasa tetapi terkejut apabila dimaklumkan Khairul Nizam jatuh dari ketinggian 40 meter.

"Arwah seorang adik yang ringan tulang dan dia antara yang ramah dalam keluarga kami," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Khairil Ajhar yang juga jurugambar bebas berkata, kali terakhir Khairul Nizam berbual bersama ahli keluarga menerusi kumpulan WhatsApp keluarga ketika mereka meraikan hari lahir ahli keluarga, minggu lalu.

"Arwah adik peminat setia pasukan bola sepak Kedah dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa Hijau Kuning meskipun sibuk bekerja di Langkawi. Dia akan ke Stadium Darul Aman jika pulang ke Alor Setar.

"Disebabkan rapat dengan kumpulan penyokong bola sepak Kedah, arwah juga mengenali pemain, bekas pemain termasuk bekas jurulatih Kedah, Allahyarham Azraai Khor Abdullah," katanya.

Khairul Nizam meninggalkan isteri, Zunirah Othman, 36, dan tiga orang anak berusia 10, 16 dan 17 tahun.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Rafeah Taman Uda, dekat sini selepas selesai bedah siasat.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 5:16pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140873/khairul-nizam-baru-tiga-bulan-kerja-di-ens




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043603 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list