CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54183|Reply: 0

[Perlis] GISBH ada unsur kultus, perlu hapus akar ajaran sesat supaya tak berulang - Dr Asri

[Copy link]
Post time 5-10-2024 12:48 AM | Show all posts |Read mode
GISBH ada unsur kultus, perlu hapus akar ajaran sesat supaya tak berulang - Dr Asri


Oleh Aizat Sharif - Oktober 4, 2024 @ 10:19pm [email protected]







Mohd Asri pada majlis penyerahan Zakat kepada bekas ahli GISBH di Pejabat Perlis Centre of Wisdom di Kangar. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR





KANGAR: Penularan ajaran sesat seperti GISB Holdings (GISBH) perlu diperangi sehingga akar umbi supaya unsur kultus atau mendewakan seseorang yang memakai 'baju agama' dapat dibanteras sepenuhnya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata penyelewengan GISBH dilihat menjadi teras kepada pembanterasan besar-besaran ajaran ini kerana berlaku unsur kultus atau mendewakan sesuatu pihak secara berlebihan.

"Ini yang menjadi teras kepada isu ini kerana dilihat ada unsur mendewakan pihak yang memakai 'baju agama' sama ada pemimpin agama, tok guru atau ustaz melebihi tahap yang diajar dalam al-Quran dan sunnah.

"Perkembangan ini membawa sehingga akhirnya mereka tidak lagi menjadikan akal berfungsi dan logika mereka bekerja dengan mengikut apa yang salah sekalipun, sesat serta tidak betul.

"Alasan diberi kononnya lebih tahu, bagaikan menjadikan golongan ini seolah-olah wakil Tuhan yang boleh membawa keajaiban," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan zakat kepada bekas ahli GISBH di Pejabat Perlis Centre of Wisdom anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Asri mengakui dalam hal berkaitan GISBH jelas memperlihatkan sejarah yang berulang kerana tidak dihapuskan akarnya.

Justeru, beliau berkata fatwa Perlis meletakkan usaha untuk menghapuskan akar kepada ajaran sesat ini.

"Kita berusaha menghapuskan 'akar' ini kerana kita tidak mahu ada pengkultusan dalam golongan agama atau sesiapa sahaja... dalam hal ini juga, saya sangat berterima kasih kepada segala yang didedahkan Ketua Polis Negara dan juga Perdana Menteri.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada menyebut mengenai ketaksuban yang melampaui batas ini di mana ia akan sentiasa digunakan oleh sebahagian pihak untuk melakukan eksploitasi terhadap orang lain.

"Dalam hal ini, dia (guru atau ketua) membina satu ketaksuban melampau menerusi kultus itu sehingga beribu manusia disuruh minum air dan mereka minum, disuruh bercerai (dengan isteri) maka bercerai atau berpisah, diarah untuk tidak dibenarkan melihat anak pun maka dia sanggup ikut untuk tidak tengok anak dia.

"Ini memberi erti bahawa dia dengar dan taat secara membuta tuli," katanya.

Dr Mohd Asri berkata, sekiranya masyarakat ingin menghapuskan elemen ini daripada masyarakat, maka hendaklah sentiasa menjadikan pengajian agama sebagai usaha menentang pengkultusan ini.

"Perlu diingat, manusia semuanya salah dan silap dan yang maksum hanyalah Nabi Muhammad SAW di mana setiap orang biasa diterima dan ditolak perkataannya melainkan Nabi Muhamamad SAW.

"Jika itu dapat ditanamkan dan diakarkan dalam masyarakat, kita berjaya kawal keadaan ini semua," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306762/gisbh-ada-unsur-kultus-perlu-hapus-akar-ajaran-sesat-supaya-tak






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.409225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list