CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38719|Reply: 0

[Johor] Penyelarasan semula cuti hujung minggu babitkan 587,343 pelajar, 1.9 juta tenaga kerja

[Copy link]
Post time 7-10-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi



Johor Bahru: Penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 akan membabitkan 587,343 pelajar dan 1.948 juta tenaga kerja di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau menjunjung kasih atas perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi penukaran cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad.

Onn Hafiz juga menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, atas pengumuman penukaran cuti hujung minggu dan menitahkan agar beliau dan mufti Johor mengadakan perbincangan serta meneliti penyelarasan semula cuti hujung.


"Penyelarasan semula cuti hujung minggu ini akan membabitkan semua Bangsa Johor, ia terutamanya 587,343 pelajar dan 1.948 juta tenaga kerja di negeri ini dengan majoritinya daripada sektor kerajaan serta swasta.

"Titah perbincangan penyelarasan perubahan cuti hujung minggu ini akan menitikberatkan dan meliputi seluruh aspek termasuk agama Islam tanpa mengetepikan penghormatan kepada Jumaat selaku penghulu segala hari.

"Kerajaan negeri bersama Mufti Negeri Johor dan agensi berkaitan akan memperincikan waktu kerja yang sesuai, terutamanya pada Jumaat bagi memberi masa yang mencukupi untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat," katanya pada kenyataan, hari ini.

"Insya-Allah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat, penyelarasan ini juga akan mengurangkan masalah penjadualan dalam kalangan sektor awam dan sektor swasta, memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama dan membantu memudahkan aktiviti rentas sempadan serta aktiviti perniagaan. Insya-Allah," katanya lagi.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail, dalam kenyataan di Facebook, bertitah, baginda sudah menitahkan perkara itu kepada Onn Hafiz untuk dibincangkan.

Pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang sudah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Disiarkan pada: Oktober 7, 2024











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045887 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list