CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34615|Reply: 0

[Kedah] 'Saya hanya mampu laung takbir...' - Penduduk imbau detik cemas dapur runtuh dirempuh arus deras banjir

[Copy link]
Post time 15-10-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode
'Saya hanya mampu laung takbir...' - Penduduk imbau detik cemas dapur runtuh dirempuh arus deras banjir

Safuri Kamarudin - Oktober 15, 2024 @ 4:07pm [email protected]




Adnan Abd Hamid menunjukkan ruang dapur di bahagian belakang rumahnya yang runtuh dirempuh arus deras banjir, semalam. - NSTP/SAFURI KAMARUDIN.





BALING: "Saya hanya mampu bertakbir 'Allahuakbar' berulang kali selepas terkejut dengar bunyi dentuman kuat di belakang rumah, kemudian lihat dapur runtuh diterjah arus banjir".

Detik cemas itu dilalui Adnan Abd Hamid, 76, penduduk Kampung Rambong Batu 7 Jalan Kroh, dekat sini ketika bencana bah melanda petempatan itu semalam.

"Ia berlaku sekelip mata ketika saya sedang berehat di ruang tamu seorang diri dan terdengar dentuman yang kuat. Kejadian kira-kira jam 9 malam kerana hujan lebat sebelah petang dan aliran arus berubah hingga menerjah tebing sungai.

"Rumah saya berdekatan tebing, aliran arus berubah menyebabkan air menerjah tebing dengan cepat. Mujurlah berlaku awal, tapi saya masih bimbang kerana tebing semakin runtuh," katanya.

Adnan berkata, punca air Bukit Charok Kelian Rambong dan air bukit Jalan Kroh Lama yang kuat menyebabkan laluan terjejas dan tempiasnya kepada penduduk yang tinggal berdekatan sungai.

"Rumah boleh runtuh lebih teruk sekiranya hujan lebat berterusan kerana pokok buluh beting, dokong dan manggis yang menjadi benteng turut tumbang. Hakisan tebing makin kuat, tak mustahil rumah saya akan ranap dalam sekelip mata.

"Saya akan berpindah ke pondok yang dibina sementara oleh penduduk secara bergotong-royong sebelum ini supaya tidak ditimpa kejadian tidak diingini," katanya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, meminta penduduk berhampiran sungai supaya berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat sekiranya air sungai menerjah tebing.

"Tak mustahil berlaku kejadian buruk ketika musim banjir sekarang. Apabila hujan lebat dan tebing runtuh, jangan berlengah lagi dan buat persiapan untuk berpindah," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311185/saya-hanya-mampu-laung-takbir-penduduk-imbau-detik-cemas-dapur





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.094861 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list