CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10016|Reply: 0

[Kedah] Bomba sentiasa pantau di lokasi berpotensi berlaku kepala air

[Copy link]
Post time 16-10-2024 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Bomba sentiasa pantau di lokasi berpotensi berlaku kepala air

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Zulkhairi Mat Tanjil bercakap kepada pemberita mengenai kawasan yang terjejeas kepala air dan banjir di Balai Bomba Sik. FOTO WAN NABIL NASIR.





Sik: Lima lokasi peranginan di daerah ini yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah mempunyai potensi berlakunya kepala air.

Antara lokasi terbabit, Air Terjun Lata Mengkuang, pusat peranginan Rimba Taqwa, Lata Charok Rambai, Lata Batu Hampar Hujung Bandar dan Sungai Viral di Jeneri.

Tinjauan di lokasi rekreasi KEDA Bendang Man di sini semalam mendapati arus deras selepas hujan dan menyebabkan air keruh.

Keadaan itu mengundang kebimbangan pengunjung di kawasan itu kerana bimbang berlaku kepala air menyebabkan mereka beredar dari kawasan itu dengan segera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggotanya sentiasa melakukan pemantauan dan tinjauan di kawasan berkenaan sekiranya hujan bagi memastikan keselamatan pengunjung di situ terjamin.

Katanya, kawasan itu berpotensi berlakunya kepala air namun keadaan masih terkawal.

"Sejak dua tahun kebelakangan ini, kejadian kepala air tidak lagi berlaku di kawasan terbabit, namun saya nasihatkan pengunjung supaya sentiasa berhati-hati ketika beriadah di situ.

"Air Terjun Lata Mengkuang yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Sik adalah antara lokasi 'hotspot' kepala air di daerah ini.

"Air dari Lata Mengkuang itu akan mengalir seterusnya ke rekreasi KEDA Bendang Man dan seterusnya ke beberapa anak sungai ke Sungai Chepir yang turut berpotensi menyebabkan banjir kilat di beberapa kampung berhampiran," katanya ketika ditemui sewaktu melakukan tinjauan di beberapa lokasi di sini, semalam.

Zulkhairi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan berisiko pada cuaca tidak menentu ketika ini, terutama ketika hujan tanpa henti dan cuaca berangin.

Katanya, antara tanda-tanda akan berlakunya kepala air adalah air akan berubah warna dari jernih menjadi keruh, dan arus tiba-tiba menjadi deras dari kebiasaannya.



Disiarkan pada: Oktober 16, 2024 @ 9:52am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1144770/bomba-sentiasa-pantau-di-lokasi-berpotensi-berlaku-kepala-air




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.405042 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list