CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36632|Reply: 0

[Kedah] Penuntut disyaki tipu NGO ditahan

[Copy link]
Post time 23-10-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Penuntut disyaki tipu NGO ditahan

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




LAPORAN Harian Metro sebelum ini.





Alor Setar: Penuntut sebuah universiti yang didakwa menipu badan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) ditahan di rumahnya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, penuntut berkenaan ditahan jam 3 petang.

"Penuntut itu akan dibawa ke Mahkamah Jitra pagi esok untuk perintah tahanan reman.

"Polis akan melengkapkan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, media melaporkan CSM membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu penuntut sebuah universiti di utara negeri ini kononnya untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata, pelajar berusia 20-an yang dikenali sebagai Lim itu menghubunginya pada Ahad lalu meminta bantuan dana bagi membiayai pengajian RM5,000 kononnya keluarga tidak berkemampuan.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Kebajikan Seberang Perai, Pulau Pinang, Eng Hiap Boon berkata, penuntut berkenaan dipercayai sudah mengumpul lebih RM200,000 hasil aktiviti penipuan dengan meraih simpati daripada 20 badan kebajikan dan penderma dari seluruh negara termasuk dari Melbourne, Australia.

Katanya, berusia 23 tahun itu memulakan aktiviti terbabit dengan mendakwa mahu membantu keluarga dan memerlukan duit untuk menampung yuran pengajiannya sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua NGO atau individu yang pernah ditipu penuntut terbabit tampil untuk membuat laporan polis secepat mungkin.

"Kita mohon orang ramai yang pernah ditipu membuat laporan polis bagi membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut bagi mengelak lebih ramai pihak menjadi mangsa kelicikannya.

"Saya sudah lama mendedahkan mengenai kegiatan licik individu ini, kalau bercerita mengenai kisah sedih, dia boleh menangis pada bila-bila masa untuk meraih simpati.

"Setakat ini dianggarkan lebih 20 NGO dan entah ramai lagi pihak perseorangan yang pernah ditipunya sebelum ini.

"Bersandarkan pengakuannya sebelum ini serta bukti yang saya ada, anggaran jumlah yang ditipu mencecah lebih RM200,000 termasuk individu di Melbourne, Australia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Eng berkata selepas kisah mengenai penipuan individu berkenaan dilaporkan dalam berita semalam terdapat tiga atau empat lagi mangsa yang menghubunginya bagi memaklumkan mereka ditipu.

Katanya, penuntut itu cukup licik hingga sanggup membuat surat palsu, menggunakan kepala surat universiti tempat dia belajar.

Malah katanya, penuntut itu juga pernah mengemukakan slip transaksi palsu pembelian laptop, semata-mata untuk mengaburi penderma yang menyumbang kepadanya.



Disiarkan pada: Oktober 23, 2024 @ 7:02pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147622/penuntut-disyaki-tipu-ngo-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.420843 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list