CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7806|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita dakwa jadi perempuan simpanan langsai hutang bapa akan didakwa esok

[Copy link]
Post time 24-10-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dakwa jadi perempuan simpanan langsai hutang bapa akan didakwa esok

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 24, 2024 @ 12:20pm [email protected]



- Foto hiasan mahkamah





GEORGETOWN: Seorang wanita yang mendakwa dirinya terpaksa menjadi perempuan simpanan bagi melangsaikan hutang bapa dengan sindiket pinjaman wang atau along akan dihadap ke mahkamah esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata wanita itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown.

"Pertuduhan kes video viral di laman media sosial TikTok itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum," katanya har ini.

Terdahulu, media melaporkan ​tular video rakaman siaran langsung di aplikasi TikTok berdurasi enam minit 45 saat memaparkan perbualan hos audio siar dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bersama seorang pemanggil wanita.

Wanita itu mendakwa, bapanya yang bercerai dengan ibu, terdahulu berhutang RM20,000 dengan along dan gagal melunaskannya.

Dia kemudian mendakwa dipaksa bekerja dengan along terbabit sejak Februari lalu di sebuah 'rumah merah' di Pulau Pinang sebagai perempuan simpanan tanpa diberi gaji serta mohon diselamatkan.

Siasatan polis mendapati, dakwaan itu tidak benar dan tidak pernah berlaku, malah wanita berkenaan mengakui ia direka sekadar bagi meluahkan perasaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1315289/wanita-dakwa-jadi-perempuan-simpanan-langsai-hutang-bapa-akan-didakwa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.458401 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list