CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5292|Reply: 0

[Kedah] Dua ujian berat timpa keluarga Edarozana

[Copy link]
Post time 24-10-2024 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Dua ujian berat timpa keluarga Edarozana

Noor Hidayah Tanzizi[email protected]




EDAROZANa bersama suami dan tiga daripada empat anaknya. FOTO Ihsan Edarozana Md Darus





Sungai Petani: "Saya anggap ini ujian keluarga kami apabila selepas anak bongsu yang juga sindrom down didiagnosis beberapa penyakit termasuk leukimia AML, kini suami pula disahkan kanser tiroid papilary," kata Edarozana Md Darus.

Keluarga Edarozana, 45, berdepan ujian memeritkan apabila bukan saja anak bongsu, Nur Qaleesya Batrisya Mazuwan, 5, diuji leukimia AML serta beberapa penyakit lain seperti injap jantung sempit, jantung berlubang, hati bengkak, mempunyai cyst, batu pada hempedu dan masalah buah pinggang.

Lebih menyedihkan, suaminya, Mazuwan Mahat, 47, disahkan menghidap kanser tiroid papilary tahap dua sejak lebih lima bulan lalu, namun menguatkan semangat untuk bekerja demi keluarga tersayang.

Berkongsi kisahnya, ibu kepada empat anak itu berkata, dia berasa sedih dengan ujian diterima, namun mengakui ia juga menjadikan dirinya semakin kuat untuk berjuang bersama suami dan anak mereka.

"Ketika suami melakukan pembedahan membuang ketulan tiroid, kami tidak menyangka rupanya ada sel kanser, namun reda dengan ketentuan itu biarpun ia menyedihkan kerana memang sudah menguatkan hati dan mental apabila anak bongsu disahkan sindrom down dan ada penyakit lain.

"Sebelum ini suami bekerja sebagai pemotong ayam di sebuah pasar raya dan kini baru dua bulan bekerja sebagai pembantu kedai kasut terpakai. Walaupun diuji dengan sakit, suami tetap bekerja," katanya yang menetap di Taman Sinar Mentari, Bedong, di sini.

Suri rumah itu berkata, mereka kini bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami kira-kira RM1,300 sebulan, namun mengakui kadang-kadang tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga mereka.

"Setiap hari saya berdoa suami selamat dalam perjalanan ke tempat kerja dengan keadaannya begitu memang merisaukan saya, tetapi semangat suami sangat kuat, menjadikan saya juga kuat.

"Malah lebih menguatkan saya apabila semua anak terutama anak sulung, Along (Adam Dairies, 17) memahami situasi kami dan sanggup berkorban masanya bekerja sambilan di kedai makan demi meringankan beban keluarga.

"Along akan berikan RM25 baki upahnya kepada saya untuk beli barang keperluan dan belanja sekolah dua adiknya. Dia hanya ambil RM10 untuk duit sekolah dan simpanannya tetapi kini anak sudah tidak bekerja," katanya memberitahu mereka turut mendapat bantuan daripada pihak zakat.

Katanya, suami masih memerlukan rawatan lanjut, manakala Nur Qaleesya Batrisya juga dalam pemantauan serta pemeriksaan doktor secara berkala selain anak keduanya berusia 14 tahun juga mempunyai masalah asma serius.

Sementara itu, Adam Dairies berkata, dia bekerja sambilan sejak berusia 15 tahun, namun kini sudah berhenti untuk fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengakui sedih kerana tidak dapat membantu keluarga.

"Selepas tamat SPM, saya akan kembali bekerja dan jika ada rezeki mahu sambung belajar bidang kemahiran tetapi perlu lihat keadaan keluarga dahulu, semoga ayah sihat kembali.

"Memang penat bekerja apabila pagi ke sekolah dan petang hingga tengah malam bekerja di kedai makan, tetapi saya kuatkan semangat demi keluarga dan upah juga diberikan kepada ibu supaya dapat beli keperluan harian," katanya.

Kisah keluarga itu dikongsikan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal dan orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun CIMB bernombor 7616064062 atas nama Mazuwan Mahat.



Disiarkan pada: Oktober 24, 2024 @ 2:02pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147862/dua-ujian-berat-timpa-keluarga-edarozana




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.603111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list