CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46759|Reply: 0

[Sarawak] Paip bocor, tanah mendap punca gangguan bekalan air di Durin

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Gangguan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan Durin di sini berpunca daripada kebocoran paip lama dan masalah mendapan tanah.

Menurut kenyataan Lembaga Air Sibu (LAS) di sini hari ini, situasi semakin kritikal kerana loji rawatan air sedia ada tidak mampu menampung peningkatan permintaan bekalan air di kawasan Sibu termasuk Durin.

Bagi mengatasi masalah tersebut, LAS membina sebuah loji rawatan air jenis ‘acute’ dengan kapasiti lima juta liter sehari (MLD) yang dikhaskan untuk kawasan Durin.

“Pembinaan loji itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan dan akan menambah kapasiti bekalan air di kawasan tersebut.

“Selain itu, usaha berperingkat sedang dilakukan untuk menggantikan paip-paip lama bagi menstabilkan bekalan air seluruh Sibu termasuk di Durin,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan sejumlah RM170 juta diperuntukkan bagi projek penggantian paip lama yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

LAS juga mengumumkan Projek Naik Taraf Loji Salim daripada 150 MLD kepada 300 MLD sedang giat dilaksanakan dengan kos pembinaan berjumlah RM300 juta dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Projek ini dijangka siap pada akhir 2026 dan bakal meningkatkan margin rizab bekalan air di kawasan Sibu.

Pada masa sama, LAS memberi jaminan terus mengesan dan membaiki sebarang kebocoran paip serta menghantar bantuan tangki air ke kawasan terjejas.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar melaporkan sebarang masalah bekalan air bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Orang ramai mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi LAS di talian 013-8106311.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 1.161441 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list