CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41606|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 10,000 hadir pada malam pertama TOB di Boulevard

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode


Ting (di atas pentas, tengah) dan jawatankuasa penganjur bergambar bersama 14 kumpulan tarian tradisional yang menjayakan pertandingan sempena TOB 3.0 di Miri, malam Rabu.

MIRI: Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung hadir pada malam pertama karnival kebudayaan Taste Of Borneo (TOB) 3.0 di tempat letak kereta pusat beli-belah Boulevard di sini, malam Rabu.

Program dimulakan dengan pelepasan perarakan jalanan yang disertai 500 orang terdiri daripada ahli-ahli 20 persatuan kaum yang terlibat dalam karnival itu.

Peserta dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting.

Perarakan bermula dari tapak karnival menuju ke Titian Perpaduan Sarawak di Taman Bulatan dan kembali semula ke tapak.

Program utama malam itu ialah pertandingan tarian kebudayaan antara sekolah menengah yang disertai 14 sekolah.

Ting dalam ucapannya berkata, TOB mempamerkan keunikan dan keistimewaan kaum dan etnik di Miri yang turut ditunjukkan menerusi persembahan pelajar yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

"Kita mempunyai sebanyak 34 kumpulan etnik di Sarawak dan kita bersyukur dapat hidup dengan aman dan harmoni. Ini merupakan nilai yang mahu kita tanamkan dan diteruskan oleh generasi muda kita," jelasnya.

Menurut Ting, Sarawak bergerak ke hadapan kerana semangat perpaduan yang kuat dalam kalangan rakyatnya.

Sementara itu, pengerusi penganjur Harry Lee berkata, pertandingan itu adalah yang pertama kali dianjurkan dan merupakan pertandingan bagi peringkat bahagian Miri.

Menurutnya, penganjur berharap untuk menganjurkan pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan pada masa akan datang.

"Kami percaya melalui platform ini, pelajar boleh memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan menghormati warisan budaya Sarawak yang pelbagai, sambil memupuk interaksi sosial dan kerja berpasukan yang berharga," jelasnya.

Lee memberitahu, pada tahun ini TOB mahu menghasilkan dua rekod baharu untuk Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu Salam Dialek Etnik Paling Banyak di Titian Perpaduan dan Barangan Kraf Etnik Paling Banyak Dipamerkan Dalam Satu Acara.

Menurut Lee, sebanyak 71 dialek ditulis di titian itu dan 400 barangan kraf etnik dipamerkan.

"Reka bentuk Titian Perpaduan ini mengambil masa selama lima bulan untuk dihasilkan. Ia diilhamkan daripada jambatan buluh tradisional yang wujud di kebanyakan kawasan pedalaman di Pulau Borneo," jelasnya.

Pada tahun ini katanya, penganjur menjemput peserta dari Sabah dan dari negara jiran Indonesia untuk terlibat sama.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir merasmikan Titian Perpaduan di Taman Bulatan dan TOB di Boulevard masing-masing pada jam 3 petang dan 7 malam Sabtu ini.

Dalam pada itu, kumpulan tarian SMK Riam muncul juara keseluruhan pertandingan tarian kebudayaan dan membawa balik piala pusingan.

Hadir sama ialah Datuk Bandar dan ADUN Pujut Adam Yii, Ketua Penyelaras Acara Datuk Hii King Chiong dan Pengerusi Bersama yang juga Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Pang Soon.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054878 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list