CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41968|Reply: 0

[Sarawak] Kawasan laut di luar pesisir Miri lokasi kajian hasilkan tenaga hijau guna OTEC

[Copy link]
Post time 31-10-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari pada sidang media selepas merasmikan persidangan SSI 2024 di sebuah hotel di Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kawasan laut di luar pesisir Miri termasuk Balingian dan Mukah dikenal pasti sebagai lokasi kajian untuk menghasilkan tenaga hijau menggunakan teknologi penukaran tenaga haba lautan (OTEC).

Perkara itu dinyatakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil menambah, kajian berkenaan akan mengambil masa satu hingga satu setengah tahun.

“Saya nampak kita sudah ada data, tanpa data ini, saya tidak melihat ke arah potensi baharu ini. Data yang ada memungkinkan kita mengeluarkan tenaga dari laut.

“Kemungkinan besar kita perlu membuat kajian di luar pesisir Miri kerana Miri mempunyai tanah yang rata dan kedalaman (laut) yang sesuai, termasuk Balingian dan Mukah.

“Permukaan laut di sini rata dan kedalamannya juga sesuai kerana air di permukaan laut panas disebabkan matahari dan bawahnya cukup sejuk, menghasilkan kitaran pusingan air panas dan sejuk yang boleh menggerakkan turbin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan persidangan Wawasan Kelestarian Sarawak (Sarawak Sustainability Insights-SSI) 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Abang Johari berkata bagi tujuan itu beliau telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pihak yang mempunyai kepentingan melihat dengan lebih terperinci potensi penghasilan tenaga dari laut menggunakan OTEC.

“Inilah perkara baharu yang kita pelopori selain tenaga kinetik yang menggunakan gelombang laut.

“Kalau ini boleh berlaku (direalisasikan) Sarawak boleh berkongsi dengan rakan-rakan kita di negara jiran sebagai permulaan, selepas itu mungkin, barulah kita eksport ke tempat lain,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui Sarawak perlu melabur dalam bentuk kewangan dan penyelidikan kerana penghasilan tenaga hijau melibatkan sains serta teknologi moden.

“Kita sudah membuat penyelidikan dan saya melihat kita ada potensi, pada masa sama anak-anak Sarawak mesti dilatih menguasai kemahiran baharu khususnya dalam ekonomi hijau.

“Kita sudah ada sumber, apa yang kita perlukan ialah saintis yang ramai untuk menambah nilai sumber yang ada, sebab itu menjelang 2026, saya hendak beri pendidikan tinggi percuma supaya anak-anak Sarawak belajar mengenai ekonomi baharu ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list