CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83578|Reply: 248

Vivy dan suami, Fadzaruddin mohon maaf kepada pelabur. Letak jawatan dalam FashionValet

[Copy link]
Post time 2-11-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode





Usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).


Dalam kenyataan bersama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mereka malam ini, pasangan berkenaan berkata, ketetapan itu dibuat susulan isu terkini membabitkan penjualan saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam syarikat itu.


Mereka berkata, ia antara lain bagi mengelak isu itu terus menjejaskan syarikat yang kini dalam fasa pemulihan.


Vivi dan Fadzaruddin turut memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.


Vivy berkata, kegagalan berpunca tindakan mereka yang membuat pelaburan terlalu banyak ke dalam sistem teknologi dan memperbesarkan pasukan dengan terlalu cepat.


Katanya, kegagalan itu juga terjadi susulan pembukaan terlalu banyak kedai runcit fizikal selepas menjangkakan kemajuan berterusan namun menerima tamparan hebat semasa pandemik melanda.


  



"Kami cuba sedaya upaya menjimatkan perbelanjaan untuk menjaga aliran tunai termasuk menutup platform e-dagang namun keadaan terus meruncing.


"Banyak perkara yang kami mahu ubah jika boleh, banyak faktor lain kami harap kami pertimbangkan sebelum mengembangkan perniagaan ini.


"Mereka (PNB dan Khazanah) sentiasa bertindak secara profesional dan dalam kepentingan terbaik organisasi masing-masing.


"Kami berharap kekecewaan ini tidak menjadi penghalang dan mereka akan terus menyokong usahawan tempatan lain.


"Kami akan bertanggungjawab atas kegagalan pelaburan ini. Sebagai pihak yang mengurus syarikat, tanggungjawab ini terletak pada kami dan hakikatnya kami sudah mengecewakan pelabur," kata kenyataan itu.


Semalam, PNB dan Khazanah dilapor perlu memberi penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.


Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, dilaporkan berkata, rakyat membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu hingga pelbagai kandungan berkaitan dimuat naik di media sosial.


Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.


Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.


Sementara itu, Vivy dan Fadzaruddin mengakui tidak memiliki perancangan mencukupi untuk FashionValet berdepan risiko cabaran ketika cuba mengembangkan perniagaan secara agresif.


Mereka mengakui melakukan kesilapan dengan mengembangkan perniagaan berdasarkan jangkaan pertumbuhan berterusan, biarpun ketika pandemik COVID-19.


"Kami kecewa dengan diri sendiri, selain menyesal keadaan menjadi seperti ini dan benar-benar memohon maaf. Ramai bertanya apa yang berlaku dan bagaimana kami boleh sampai ke tahap ini. Keadaan menjadi kritikal biarpun kami cuba mengurangkan kos termasuk menutup platform e-dagang.


"Banyak perkara yang kami harap dapat dilaksanakan secara berbeza, selain pelbagai faktor lain yang diharap dapat dipertimbangkan sebelum memulakan rancangan pengembangan kami.


"Kami secara peribadi terus menampilkan imej positif dan penuh harapan, berharap ia akan menanam keyakinan terhadap jenama dan produk kami," katanya.


Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang kena letak jawatan ya?.. Atau kena baiki apa yg patut? Ke apa.... Entahlaa juta2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sementara itu, Vivy dan Fadzaruddin mengakui tidak memiliki perancangan mencukupi untuk FashionValet berdepan risiko cabaran ketika cuba mengembangkan perniagaan secara agresif."

Jual lifestyle byk sgt ni.. Sampai x done merancang rapi2 hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodonya pergi tutup e dagang sebab pandemik. Masa pandemik la e dagang booming

Kami cuba sedaya upaya menjimatkan perbelanjaan untuk menjaga aliran tunai termasuk menutup platform e-dagang namun keadaan terus meruncing.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya excuses sebab selama ni dia show off. Senang kerja sprm dan polis semua bukti ada online. Bodo
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan FV mmg dah lama takde.. tinggal duck & lilit jahhhhh. xde makna pun la letak jawatan tu. setakat drama sbb dah kecoh pasal dana ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tu lah dulu berlagak sgt dok menunjuk2 lavish lifestyle..ko lah terpaling keluarga perfect.. ujung2 Allah nk uji kejap je terlungkup terus.. lain kali hidup jgn mendongak langit sgt..jgn fikir satu masa ko takkan jatuh terduduk.. tak tau la camne diorg niaga amik untung bape persen... dlm islam ada rules psl keuntungan yg dibenarkan..jgn main langgar je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 2-11-2024 11:59 AM

maaf saja ke
or how are you payng back ke cmna
of still ala muflis in style??
bw2 la ajaq laki tu mkn belacan jg
bpijak pd tnh asyk mndingak ke langit
xde sapa heran pun yr life'style'
kecuali para kabel dan pemenat ko

#wearewatching
-netijem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 11:28 AM | Show all posts
ekselen replied at 2-11-2024 11:04 AM
tu lah dulu berlagak sgt dok menunjuk2 lavish lifestyle..ko lah terpaling keluarga perfect.. ujung2  ...

dia ambil 30% kalau brand lain jual melalui portal FV
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemahen terpaling kapel x reti ckp melayu ni. Org suh ko bisnes ko sebuk jual life ko menayang segala mak nenek  Terpaling usahawan  konon. Sememangnya ko xde business knowledge kan? Stkt beli kt alibaba pastu letak nm ko jual rege yahudi tu je ko boleh buat. Level fonder cap keli je ko ni. Sembang kemahen kencanggg
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat luar dia ni sombong , acah² kelas sgt, rms yg anak sultan pun sopan dan ramah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak jawatan pastu kira settle problem ke mcmana? Tak kena ape2 tindakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ceyyy, dia ingat say sorry and step down orang nak bangga ke..konon tiru macam japan

orang lagi kecam la sebab guna dana awam duit rakyat duk show off sana sini..laki muka jawa totok reti cakap melayu..everything seems so wrong pasal laki bini ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:33 PM | Show all posts
heran aku awat lakibini neh dok berkampong kat bod gossip neh??retis ka depa??
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:38 PM | Show all posts
Mak itik tgh shaking ke tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia letak jawatan, deyols lepas tanggungjawab. Liability pada diri secara personal dah tak ada. Esok lusa ada mslh kat fv tu deyols takkan jawab dah. Its selfish lah. Macam ko lari gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama drama drama.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 2-11-2024 12:38 PM
Mak itik tgh shaking ke tuuu

Gelabah tetek.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak jugak yg support, kononnya rakyat malaysia x faham pasal investment & business. Memang la untung rugi tu mainan bisnes tapi kita bercakap pasal duit rakyat.
Aku kerja kat glc, spending tahunan terlebih budget RM1000 pon kena justify berjela2. Ni juta2 punya cerita tak kan la biar senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 2-11-2024 12:44 PM
Banyak jugak yg support, kononnya rakyat malaysia x faham pasal investment & business. Memang la unt ...

yang support tu la tak faham pasal investment dengan business..fv ni tak pernah declare untung kan..duk rugi je setiap tahun tapi director amek gaji besar boleh shopping show off birkin baru tiap tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.065750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list