CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11554|Reply: 0

[Kedah] 'Sedih suami tak kenal saya'

[Copy link]
Post time 4-11-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-11-2024 03:56 PM

'Sedih suami tak kenal saya'

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
04 November 2024 02:13pm




Nur Adila bersama suami di rumah mereka di Kampung Banggol Selayang, Sik, Kedah.




SIK - Seorang ibu kepada empat anak runsing memikirkan sumber kewangan keluarga setelah suami diserang strok otak sehingga menyebabkannya hilang ingatan.

Nur Adila Wa Chek, 43, dari Kampung Banggol Selayang di sini berkata, akibat serangan penyakit itu September lalu, suaminya, Mohd Shah Mat, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan menerima rawatan hampir sebulan.


Menurutnya, walaupun suami telah dibenarkan pulang pada 3 Oktober lalu namun memerlukan bantuan untuk menguruskan diri.

Suami saya tidak mengenali sesiapa pun selepas keluar dari unit rawatan rapi (ICU). Sedih, dia tidak kenal saya dan terpaksa berulang kali beritahu saya adalah isterinya.

"Malah nak minta makan atau minum pun dia tidak tahu, jika tidak suap, dia tak akan makan, semuanya saya perlu uruskan," katanya.

]
Keadaan kesihatan suami yang lupa ingatan menyebabkan Nur Adila tidak dapat keluar bekerja.



Menurut Nur Adila, pada 2021, suaminya pernah diserang strok otak sebelah kiri namun hanya mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh, tapi kali ini lebih teruk apabila ia melibatkan kedua-dua belah otak.

"Suami pernah kemalangan pada 2013 menyebabkan kedua belah kakinya dimasukkan besi dan tidak boleh melakukan kerja berat. Mungkin akibat hentakan ketika jatuh motosikal ketika kemalangan itu telah memberi kesan jangka panjang," katanya yang tinggal di rumah dibina Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).


Jelas Nur Adila, biarpun sudah mampu berjalan, namun, ingatannya belum pulih menyebabkan Nur Adila tidak dapat keluar bekerja.

"Dia tidak mengenali sesiapa pun kecuali saya dan anak-anak, saya terpaksa cerita satu per satu setiap ahli keluarga yang datang ziarah di rumah.

"Suami lebih banyak termenung, saya tidak boleh terlalu memberi banyak maklumat kepada suami kerana dia akan bertambah sakit," katanya.

]
Akibat lupa ingatan, Mohd Shah perlu dibantu menguruskan diri menyebabkan keluarga itu putus sumber kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.



Nur Adila berkata, ada masanya, dia juga tertekan kerana perlu menguruskan persekolahan anak-anak selain anak bongsu berusia tiga tahun menghadapi masalah kelewatan pertuturan.

"Suami sebelum ini menjual burger dengan pendapatan bersih kira-kira RM800 sebulan, saya pula baru bekerja sebagai pembanci pertanian secara kontrak pada Julai lalu namun terpaksa berhenti untuk menjaga suami,"katanya.

Mereka kini hanya bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperolehi sebanyak RM500 sebulan untuk kelangsungan hidup.

Namun, jelasnya, wang itu tidak mencukupi kerana dua anaknya masih bersekolah dan anak sulungnya yang berusia 19 tahun dalam proses mencari kerja.

Orang ramai yang mahu membantu Nur Adila boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Rakyat miliknya bernombor 2243972040.

https://www.sinarharian.com.my/article/694617/edisi/utara/sedih-suami-tak-kenal-saya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.153972 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list