CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3101|Reply: 0

[Sabah] Penglibatan belia di peringkat akar umbi terus diperhebatkan

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Suryady ketika membacakan teks ucapan Hajiji dalam majlis perasmian berkenaan.

TAWAU: Karnival Anak Muda SMJ Kalabakan adalah usaha dan langkah kerajaan negeri dalam memperbanyakkan program yang melibatkan belia di peringkat akar umbi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, usaha itu juga adalah manifestasi kerajaan untuk memartabatkan golongan belia di seluruh negeri.

Katanya, ia selaras dengan aspirasi teras kedua pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), iaitu Pembangunan Modal Insan.

“Belia adalah aset yang sangat penting untuk negara malah golongan ini juga merupakan generasi pewaris masa depan.

“Justeru, saya sangat mengalu-alukan program seperti ini yang sudah pasti memberi manfaat kepada golongan belia khususnya di daerah ini,” katanya.

Menurutnya, masa depan negara dan rakyat kita adalah di tangan generasi muda masa kini, iaitu belia. Oleh itu, penglibatan belia di peringkat akar umbi akan terus diperhebatkan.

“Kerajaan juga sentiasa terbuka untuk mendengar aspirasi anak-anak muda di negeri ini,” katanya sempena perasmian Karnival Anak Muda SMJ Kalabakan di Kompleks Sukan Tawau, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Hajiji berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia yang meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial tahun ini.

Selain itu, katanya, kerajaan turut membelanjakan jumlah yang besar untuk menyediakan pelbagai inisiatif dalam aspek pendidikan seperti menyediakan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan.

“Ia bagi memastikan anak-anak di negeri ini dapat meneruskan pengajian mereka hingga ke tahap lebih tinggi.

“Di samping itu, kerajaan turut menyediakan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Yayasan Kebajikan Sabah, termasuk beberapa insentif lain dengan objektif untuk membantu rakyat yang amat memerlukan bantuan segera, terutama golongan B40 dan M40,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar golongan belia sentiasa bersama dan menyokong kerajaan untuk menjayakan agenda besar pembangunan negeri ini iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Banyak yang telah, sedang dan akan kita laksanakan menerusi agenda Hal Tuju SMJ. Oleh itu, golongan belia kita perlu membantu untuk mewar-warkan segala inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.454116 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list