CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3107|Reply: 0

[Sarawak] UNIMAS institusi inklusif, milik semua orang

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Semua aspek ilmu, dari teknologi, sains hingga kemanusiaan, perlu diberi perhatian yang sama: TYT



Tun Wan Junaidi (empat kiri) dan isteri (empat kanan) merakam kenangan bersama penerima Anugerah Akademik Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 hari ini. -Gambar Roystein Emmor

"Pendidikan harus bersifat holistik dan tidak terikat pada satu-satu disiplin semata-mata.”

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Canselor UNIMAS

Oleh Henrietta Liza

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi sebuah institusi yang inklusif, milik semua orang, kata Canselor UNIMAS Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata dalam hal tersebut, semua aspek ilmu, dari teknologi, sains hingga kemanusiaan, perlu diberi perhatian yang sama.

"Pendidikan harus bersifat holistik dan tidak terikat pada satu-satu disiplin semata-mata.

“Setiap bidang ilmu memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan UNIMAS harus menjadi pusat integrasi ilmu yang menyatukan pelbagai cabang kepakaran untuk kepentingan bersama," katanya.

Yang di-Pertua Negeri berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 di Detar Putra UNIMAS di sini, hari ini.

Tun Wan Junaidi kemudian menegaskan bahawa daripada sains dan teknologi kepada bidang sejarah dan undang-undang, UNIMAS menjadi lubuk ilmu yang berkuasa untuk negara.

“Selain itu, UNIMAS harus menjadi rakan strategik kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Sarawak selaras dengan dasar yang dirancang Kerajaan Sarawak untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Dengan program yang memenuhi keperluan industri semasa dan memperkasakan keusahawanan, UNIMAS berupaya memainkan peranan dalam membantu kerajaan mencapai matlamat Sarawak Maju Sejahtera menjelang 2030,” tambahnya.

Beliau kemudian menyatakan pendidikan fleksibel juga dapat memastikan graduan mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran kerja dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi diri, keluarga, masyarakat setempat dan negara.

“Saya yakin penekanan terhadap pengurusan yang cekap dan berkesan adalah asas kejayaan sesebuah institusi.

“Sehubungan itu, setiap aspek pengurusan di universiti perlu diperkemaskan, daripada pentadbiran akademik sehinggalah pengurusan bakat dan sumber manusia.

“Pengurusan yang cekap akan membolehkan universiti mencapai matlamatnya dengan lebih cemerlang, di samping memastikan sumber yang ada digunakan secara optimum untuk manfaat seluruh warga universiti dan masyarakat setempat,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Tun Wan Junaidi Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dan tetamu kehormat lain.

Sementara itu, para penerima Anugerah Akademik Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 Tahun 2024 sempat merakamkan kenangan bersama Tun Wan Junaidi dan isteri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list