CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31924|Reply: 0

[Sarawak] Tempah beli 'gold bar' tetapi terima bungkusan mengandungi alat tulis

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang pekerja swasta mengalami kerugian sejumlah RM14,000 setelah menjadi mangsa penipuan jual beli emas secara dalam talian.

Wanita berusia 20-an itu tertarik dengan iklan jual beli emas 'gold bar' di Facebook.

Mangsa berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan bersetuju membeli emas dijual oleh suspek.

Mangsa sedar tertipu apabila menerima bungkusan mengandungi alat tulis dan bukannya emas.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan kes tersebut merupakan tiga kes penipuan diterima pada 31 Oktober lalu daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJKD) Miri.

Laporan diterima adalah tentang kes pinjaman tidak wujud dan kes penipuan belian dalam talian tidak wujud.

Kes kedua melibatkan mangsa seorang wanita bekerja sebagai kerani swasta berusia 40-an membuat transaksi pembayaran sejumlah RM11,400 untuk urusan pinjaman tidak wujud secara dalam talian.

Mangsa melayari laman sosial Facebook dan terlihat iklan pinjaman wang yang menggunakan laman sesawang berlatarkan Hong Leong Bank dan kemudian berhubung dengan suspek untuk membuat pinjaman sebanyak RM20,000.

Sementara kes ketiga melibatkan seorang suri rumah berusia 40-an untuk urusan jual beli kenderaan secara dalam talian.

Mangsa melihat iklan di Facebook mengenai penjualan kereta terpakai Toyota Hilux dan membuat pembayaran sebanyak empat kali transaksi ke tiga akaun diberikan oleh suspek melalui pindahan dalam talian dan mesin deposit tunai (CDM) semasa berada di sekitar daerah Miri.

Menurut Alexson, ketiga-tiga kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat, juga denda jika disabit kesalahan.

"Orang ramai dinasihati agar sentiasa berwaspada dengan pinjaman wang dalam talian yang menjanjikan proses pinjaman mudah dan pembelian dalam talian yang menawarkan harga lebih murah daripada pasaran," jelasnya.

Orang awam boleh menghubungi Pusat Respons Skam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber (pinjaman tidak wujud, lovescam, e-dagang, phone scam dan sebagainya).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034595 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list