CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38569|Reply: 0

[Sarawak] Kerjaya jurutera reka bentuk IC tawar potensi, permintaan luar biasa

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-11-2024 03:23 PM



Sagah (baris belakang, tiga kiri) serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para pemenang Sarawak Microelectronics Design (SMD) Chip Design Make-A-Thon. -Gambar UKAS

KUCHING: Kerjaya dalam industri semikonduktor, khususnya sebagai jurutera reka bentuk IC (Litar Bersepadu), menawarkan potensi dan permintaan luar biasa bukan hanya di Sarawak tetapi seluruh dunia.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata melihat kepada potensi luar biasa itu, Kerajaan Sarawak menerusi kementeriannya menekankan kepentingan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan anak muda Sarawak.

"Kerjaya dalam industri semikonduktor khasnya jurutera reka bentuk IC, menawarkan potensi serta permintaan luar buasa tidak hanya di sini tetapi seluruh dunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada final Sarawak Microelectronics Design (SMD) Chip Design Make-A-Thon di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di sini, hari ini.

Menurut penganjur, antara objektif utama acara tahunan itu ialah menggalakkan minat dalam pendidikan STEM dan merapatkan jurang antara pelajar sekolah dan profesional industri.

SMD Chip Design Make-A-Thon telah menyakiskan kerjasama rapat antara pelajar universiti dan sekolah menengah dalam pertandingan, pembangunan bakat dalam kerja berpasukan, penyelesaian masalah serta kreativiti.

Sagah berkata semangat tinggi ditunjukkan para peserta yang terdiri daripada golongan muda, petanda jelas mereka amat berminat dengan STEM.

"Melihat para pelajar kita, tidak sabar lagi mahu meneroka, merasai sendiri dan berkembang maju menerusi pembelajaran secara langsung membuktikan program seperti ini sangat penting serta berharga," tambahnya.

Menggariskan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mempromosikan bidang STEM, acara itu sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak yang bertujuan mencapai kadar pendaftaran 60 peratus dalam STEM menjelang 2030.

Make- A-Thon tahun ini menyaksikan kumpulan Cuckoo Breaker yang diwakili Ivan Sim Shao Lun dan Jaden Hwong Nai Ler dari Swinburne bersama dua lagi peserta iaitu juara, diwakili Ivan Sim Shao Lun dan Jaden Hwong Nai Ler dari Swinburne, bersama Issac Then Quan You dan Melvin Wong Baa Sheng dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang, muncul juara.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta pingat.

NextGen Coders pula memenangi tempat kedua, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta pingat.

Pasukan ini terdiri daripada Aztrina Baie dan Daniel Efesus Jaen dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Gracylea Isha Mai Stanley dan Ethan Sia Kai Zheng dari SMK Jalan Arang.

TELSA dianggotai Raphael Rijin Romi dan Mohamad Taher Mohamed Sayed Roshdy dari Swinburne, bersama Mohammad Irfan Shah Mohd Idris Idet dam Muhamad Haikal Sidik dari Kolej Vokasional Matang, dinobat sebagai pemenang tempat ketiga yang menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Pemenang-pemenang IC Design Make-A-Thon Miri juga hadir di majlis sama untuk menerima hadiah utama mereka berjumlah RM5,000.

Hadir sama Setiausaha Kewangan Sarawak yang juga Lembaga Pengarah Sarawak Microelectronics Design (SMD)  Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Penasihat Khas SMD Semiconductor Shariman Jamil, Pengurus Besar Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) dan Lembaga Pengarah SMD Dr Petes Morin Nissom serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094593 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list