CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41306|Reply: 0

[Kedah] SPRM ambil keterangan lelaki dakwa dokumen sewa tanah miliknya di Kuala Kedah dipalsukan

[Copy link]
Post time 5-11-2024 02:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-11-2024 02:19 AM

SPRM ambil keterangan lelaki dakwa dokumen sewa tanah miliknya di Kuala Kedah dipalsukan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 4, 2024 @ 10:16pm[email protected]




Lelaki berusia 62 tahun yang mendakwa berlaku pemalsuan dokumen perintah mahkamah urusan sewa tanah miliknya di Kuala Kedah, dipercayai hadir ke Pejabat SPRM Kedah di Alor Setar tengah hari tadi. - Foto fail NSTP




ALOR SETAR: Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini memanggil lelaki yang mendakwa berlaku pemalsuan dokumen perintah mahkamah urusan sewa tanah miliknya di Kuala Kedah, bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 62 tahun itu dipercayai hadir ke Pejabat SPRM Kedah tengah hari tadi. Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau tidak berjaya sehingga petang tadi.

Pemeriksaan di laman sosial milik lelaki terbabit mendapati dia sudah memadamkan semua kandungan video berkaitan dakwaannya yang tular sebelum ini.

Semalam, SPRM Kedah mengesahkan membuka kertas siasatan membabitkan isu penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah yang tular di media sosial sebelum ini.

Menurut sumber, tiga individu disyaki terbabit dalam kes berkenaan akan dipanggil SPRM bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan maklumat berkaitan.

Berikutan itu, beberapa dokumen berkaitan kes turut diperoleh yang diyakini dapat membantu dalam siasatan lanjut .

Fokus siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan penggunaan dokumen yang dipercayai palsu bagi tujuan pindah milik tanah terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya sudah meneliti semula kandungan video yang dimuat naik lelaki terbabit.

Menurutnya, pemilik akaun terbabit didapati cuba menarik perhatian umum berkait isu pertikaian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ke atas sebuah tanah di Kuala Kedah.

Katanya, berdasarkan siasatan, pertikaian antara lelaki yang dipanggil SPRM tengahari tadi dan seorang lelaki tempatan berkait isu itu, tercetus sejak 2013 lagi selain kes berkenaan sudah pun dibawa ke mahkamah.

"Rentetan itu, beberapa laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang bertelagah berkait isu ini. Polis sudah membuka tiga kertas siasatan yang mana disiasat mengikut pelbagai seksyen kesalahan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506, Seksyen 437 dan Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

"Dua daripada siasatan itu sudah selesai manakala siasatan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan masih diteruskan memandangkan beberapa dokumen memerlukan pengesahan daripada pihak berkenaan," katanya.

Siti Nor Salawati berkata pihaknya juga pernah mengadakan sidang media pada 2020 bagi menerangkan isu ini selepas lelaki berusia 62 tahun itu dilihat cuba mengheret polis dalam pertikaian itu.

Katanya, polis akan mengambil tindakan berdasarkan isu atau laporan yang diterima dari kedua-dua pihak bertelagah sekiranya dilihat terdapat sebarang perlanggaran berkaitan peruntukan undang undang.

"Selain itu, polis juga menasihatkan kedua-dua pihak untuk menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan penyelesaian berkait isu ini," katanya.

Siti Nor Salawati berkata sebanyak 75 laporan difailkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1319754/sprm-ambil-keterangan-lelaki-dakwa-dokumen-sewa-tanah-miliknya-di





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047645 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list