CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33003|Reply: 0

[Kedah] MAQIS rampas 150kg jambu air Thailand

[Copy link]
Post time 5-11-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode
MAQIS rampas 150kg jambu air Thailand

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 5, 2024 @ 2:57pm [email protected]




Jambu air dari Thailand yang dirampas MAQIS di pintu sempadan Kota Putra Durian Burung, khamis lalu. - Foto NSTP/Ihsan MAQIS




KUALA NERANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk 150 kilogram (kg) jambu air Thailand tanpa permit import sah.

Pengarahnya, Hisham Abu Bakar, berkata jambu itu dirampas selepas menahan lori dari Thailand itu di pintu masuk sempadan di Kota Putra Durian Burung pada jam 5.30 petang, Khamis lalu.

"Ini adalah kesalahan serius kerana perbuatan mengimport tanpa permit sah adalah kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bawah Seksyen 11(3) akta sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan kini ditahan untuk siasatan serta tindakan susulan.

"MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan di pintu masuk sempadan bagi memantau keluaran produk pertanian yang diimport ke negara ini supaya pengimport mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

"Langkah itu diambil bagi memastikan kawalan penyakit serta jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320009/maqis-rampas-150kg-jambu-air-thailand





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.193352 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list