CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21547|Reply: 259

Kesal sikap ASTRO-Pak Ngah Kecewa!!

  [Copy link]
Post time 15-4-2011 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 15-4-2011 16:12

Kesal sikap Astro

Saya adalah pelanggan Astro sudah lebih tujuh tahun. Saya melanggan Astro kerana dapat menikmati rancangan-rancangan yang tidak dapat disiarkan oleh TV tempatan yang lain, seperti rancangan realiti Raja Lawak, Akademi Fantasia dan lain-lain.

Namun saya rasa terkilan kerana Astro tidak akan menyiarkan rancangan Maharaja Lawak di siaran 105 tetapi akan menyiarkan rancangan tersebut di Astro Warna. Sesiapa yang tidak melanggan pakej Mustika tidak berpeluang menonton Maharaja Lawak.

Saya amat kecewa di atas tindakan Astro yang seolah-olah memaksa pelanggannya melanggan pakej Mustika jika ingin menonton Maharaja Lawak.

Yang membuat saya rasa terkilan lagi ialah pada minggu kedua Maharaja Lawak, pengacara rancangan menyatakan: "Mulai minggu ketiga Maharaja Lawak tidak lagi di siaran 105 tapi di dalam Astro Warna pakej Mustika. Jangan nak tengok percuma kena bayar. Nak tengok percuma tengok zirafah, cicak yang tu tak lawak." Saya nak tanya pihak Astro, adakah selama ini kami pelanggan tengok percuma rancangan Astro?


Pak Ngah kecewa
Pedas, N. Sembilan.




* aku melanggan astro ni semata2 nak tgk BPL dgn Laliga jer..
   kalau tak memang dah lama aku tutup astro ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 01:00 PM | Show all posts
Buat apa tengok si bodoh piang jadi pengacara MRL?...si AC bangang tu....tengok kat youtube aja....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:02 PM | Show all posts
kesiannya kat pak ngah tak boleh nak berhibur
kalau sya plak mesti hantuk kepala ke dinding sbb dah melanggan astro
selama12 tawun
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:04 PM | Show all posts
Tengok kat Youtube jah senang. Tak payah nak komplen momplen. Aku pun jarang tengok Astro nie walaupun ada subscribe. Selalu nak tengok berita jah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:07 PM | Show all posts
ASTROK dah jadi pencekik darah, tu  lah kalu takde pesaing, kalu ade satu lagik satellite channel, confirm berebut turunkan rege dan promosi diskaun pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:19 PM | Show all posts
Pak ngah ni generasi bukan celik youtube. pada dia TV tu la medium hiburan.

Pak Ngah mesti kecewa tak dapat tgk Nabil malam ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2011 01:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by nuryakmal at 15-4-2011 14:00

nak tuka package kena 10 hengget!subscribe beyond pun da berape...patut pakej mustika ni masuk jek la sekali.. mmg cekik air mata astro ni..asal hujan jek takdak signal
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:22 PM | Show all posts
betul gak. Ingat selama ni pelanggan astro tengok percuma ke? Baya at least 80 hengget sebulan. Pastu cerita tah pape semua :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 01:23 PM | Show all posts
Aku rasa Astro sucks jugak. Cerita yang dia mainkan, kalau tak ulangan berjuta2 kali, cerita tahpape. Sampai aku buntu nak tengok channel mana, semua channel ampeh. Last2 tengok Roda Roda Kuala Lumpur kat TV2
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:39 PM | Show all posts
tula gaya nye malaysia ni....bukan memudahkan pun....menyusahkan lg ade le...yg kaya sape.....?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:43 PM | Show all posts
....sepatutnya ceta indon yang kena bayar. Ni tidak....siaran tempatan yang kena bayar...
Memang sengal tapi apakan daya....:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:45 PM | Show all posts
Xsangka ramai gak peminat Maharaja lawak....
Go ac...go...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:45 PM | Show all posts
best sangat ke maharaja lawak ni, raja lawak tu pun aku tak tengok..
kalo tak pasal housemate aku ni gila bola, memang aku nak terminate jer astro nih..
baik tengok highlight free dalam tenet..
dari pasang astro, baik aku pasang HSBB paling laju di malaya ni..

apsal melayu suka tengok rancangan sampah dalam tv?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:47 PM | Show all posts
aku pun dah naik muak ngan asteruk ni..cite2 dok ulang sampai sejuta kali.agaknya tak ramai yg langgan pakej mustika tu yg diorg wat camni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:49 PM | Show all posts
best sangat ke maharaja lawak ni, raja lawak tu pun aku tak tengok..
kalo tak pasal housemate aku n ...
capiloton Post at 15-4-2011 13:45



    sapa ko nk tuduh rancangan kesukaan sesuatu kaum itu sbg sampah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:49 PM | Show all posts
Aku pun bengang jgk psl nmpk sgt dorg ni nk untung. x kn nk langgan semata2 utk tgk 1 rancangan je??? lainla kalo 24jam duduk dpn tv, xde keje... mmg aku x langgan pun Mustika wpun aku mmg nk sgt tgk Maharaja Lawak every friday. dh la hujan2 siaran tergendala! Terpaksalah tgk kt youtube.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 01:50 PM | Show all posts
Akak ambil beyond. Masa agent astro buat pemasangan siap dia kata belilah extra (apa tah) letak kat piring kalau angin/ribut tak ganggu siaran dalam RM100. Akak tak nak ambik sebab bayar beyond pun dah mahal.  Tapi sekarang punya lah sakit hati angin gerak sikit je separuh siaran tak leh tengok yang boleh tengok yang ada HD je. Dah tu siaran yang tak boleh tengok tu sepanjang siang, malam baru ok.

Call astro dia refer pada agent balik, call agent dia kata sibuk boleh datang malam je. Tapi time dia datang malam siaran ok pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:57 PM | Show all posts
pak ngah lagi
aku harap ni bukan pak ngah si penggali kubur tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:58 PM | Show all posts
hujan sikit jer,siaran pun tarak!bodoh punya steruk
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:03 PM | Show all posts
ada gak yang minat tahap gaban nak nonton lawak lawak uduh tue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.092472 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list