CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13842|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak komited memastikan pendidikan agama terus diberi perhatian

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 & Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebaik tiba di DUN hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited memastikan pendidikan agama terus diberi perhatian meskipun belum ada rancangan khusus untuk membina madrasah atau sekolah tahfiz baharu di Balingian buat masa ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kajian berterusan akan dijalankan bagi menilai keperluan pembinaan institusi pendidikan agama di kawasan tersebut.

“Kementerian kita terbuka untuk mempertimbangkan pembangunan sekolah agama berdasarkan keperluan dan permintaan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata Dr Abdul Rahman, beberapa institusi pendidikan agama di Mukah boleh dimanfaatkan oleh masyarakat di Balingian.

Ini termasuk katanya, Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Mukah yang dilengkapi dengan asrama dan mampu menampung sehingga 300 pelajar.

“Sekolah ini mempunyai 279 pelajar terdiri daripada 126 pelajar lelaki dan 153 pelajar perempuan.

“Turut disediakan institusi pendidikan agama seperti Madrasah Al-Quran Mukah, sebuah tahfiz persendirian serta dua premis Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di SK Parish dan SK Kuala Balingian yang menjadi pusat pendidikan agama bagi pelajar-pelajar sekitar,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan komited untuk mematuhi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang memperuntukkan pemberian pelajaran agama Islam apabila terdapat sekurang-kurangnya lima orang pelajar Islam di sesebuah institusi pendidikan.

“Guru yang mengajar subjek ini hendaklah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri bagi memastikan kualiti dan keberkesanan pendidikan agama.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan agama kekal relevan dan terus menyokong perkembangan nilai agama dalam kalangan generasi muda,” kata Dr Abdul Rahman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.091902 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list