CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14737|Reply: 0

[Sarawak] Dakwaan PETROS enggan ambil tong gas kuning daripada orang awam tidak benar

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode


Chieng menunjukkan data mengenai penukaran tong gas semasa sidang media, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Dakwaan Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) yang menyatakan PETROS selaku agregator gas tunggal di negeri ini enggan mengambil tong gas kuning daripada orang awam untuk ditukarkan kepada warna lain di Sibu, adalah tidak benar.

Joseph Chieng (GPS-Bukit Assek) yang menyangkal dakwaan Chong berkata pusat khidmatnya di Sibu masih menyantuni orang ramai terutama dalam penukaran tong gas.

Jelas beliau, sehingga 7 November 2024, pihaknya masih membantu rakyat dengan menghantar tong gas kuning tersebut kepada pengedar PETROS, yang kemudiannya akan menugaskan pengedar untuk menghantarnya kembali kepada individu yang meminta pertukaran.

“Sebelum saya datang ke Kuching, saya masih menguruskan perkara tersebut dengan lebih kurang 472 orang.

“Jadi tuduhan ahli Yang Berhormat Padungan terhadap pengedar PETROS kita di Sibu, adalah tidak betul,” tegasnya pada sidang media di Bilik Media DUN Sarawak hari ini.

Chieng juga berkata, sekiranya Chong mempunyai masalah berhubung hal ini, beliau seharusnya memaklumkan kepada Ahli Parlimen DAP dan rakan-rakan DAP di Sibu.

“Beliau seharusnya mendapatkan penjelasan daripada DAP dan rakan-rakannya di Sibu terdahulu sebelum membuat kenyataan sedemikian.

“Saya tidak tahu sama ada DAP di Sibu menyediakan khidmat menukar tong gas kuning,” katanya.

Terdahulu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024, Chong menuntut penjelasan daripada pihak berkaitan di Sibu susulan beliau telah menerima banyak aduan daripada pemilik tong gas kuning.

Menurutnya, aduan tersebut menyatakan ramai yang terpaksa menyimpan tong gas kuning kosong di rumah kerana para pengedar enggan mengambilnya semula disebabkan PETROS tidak lagi menerima tong gas tersebut.

Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi pada Persidangan DUN menegaskan bahawa orang ramai boleh membuat aduan kepada PETRONAS atau PETROS Niaga sekiranya pengedar enggan mengambil tong gas kuning kosong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039928 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list