CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31821|Reply: 1

[Sarawak] Vesel nelayan Indonesia ditahan mencerobohi perairan Malaysia

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode


Vesel nelayan Indonesia ditahan mencerobohi perairan Malaysia di Miri semalam. - Gambar Maritim Malaysia

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah vesel nelayan asing dari Indonesia dalam satu operasi risik pada kedudukan 49 batu nautika dari barat laut Tanjung Payong dekat sini jam 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata hasil pemeriksaan mendapati ketika penahanan, bot terbabit melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam Zon Maritim Malaysia.

Katanya, bot bersama tiga kru termasuk nakhoda lingkungan umur 22 hingga 38 tahun ditahan seterusnya diiringi ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

"Maritim Malaysia sentiasa melakukan rondaan serta meningkatkan operasi bagi mengekang pelanggaran undang-undang daripada berlaku di perairan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 05:30 AM | Show all posts
kalau kapal kita tak masuk lagi sempadan dia dah kena tahan dulu.. ada byk kes yg tak boleh nak cite kat public..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.511758 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list