CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58764|Reply: 0

[Sabah] Ingatlah bahwa setiap usaha yang dilakukan dengan hati akan mendekatkan Anda pada impian Anda. Jadi, berikan yang terbaik setiap hari.

[Copy link]
Post time 17-11-2024 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-11-2024 11:08 PM



PELANCARAN: Nizam (tengah) ketika melancarkan program Rakan Lestari Tawau, di sini.
TAWAU: Tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan bandar bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kontraktor pembersihan sebaliknya semua pihak.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan negara, negeri serta daerah kita sentiasa bersih dan indah.

Katanya, setiap rakyat Malaysia seharusnya menunjukkan contoh yang baik dengan mempraktikkan amalan kebersihan di semua tempat termasuklah di kawasan perbandaran dan taman-taman awam.

“Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini, mentaliti rakyat perlu sentiasa mempunyai sikap peduli terhadap kebersihan alam sekitar.

“Masalah kebersihan awam telah berakar umbi di negara ini dan perlunya ada kerjasama semua pihak sebagai langkah pencegahan demi kesejahteraan hidup sejagat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Rakan Lestari di Persisiran Traulsen, di sini, pada Sabtu.



SIMBOLIK: Nizam mengecat pondok rehat di Persisiran Traulsen sebagai simbolik program berkenaan.

Menurutnya, inisiatif Program Rakan Lestari yang diselia oleh Kementeriaan Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) sangat baik bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

“Usaha kolektif ini dapat meningkatkan kebersihan dan estetika bandar dengan ketara serta menjadikannya lebih menyenangkan bagi penduduk dan pelawat.

“Saya mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat kerana dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melestarikan kawasan Persisiran Traulsen ini,” katanya.

Nizam berharap lebih ramai lagi badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan yang terlibat dalam program-program membersihkan kawasan perbandaran Tawau ini.

“Program-program melestarikan alam sekitar ini perlu diperluaskan ke kawasan-kawasan seliaan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) seperti di taman-taman perumahan di kawasan bandar.

“Saya berharap program kesukarelaan anjuran Rakan Lestari ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran kita dalam keadaan bersih dan bebas sampah,” katanya.


PESERTA: Nizam bersama semua peserta yang turut serta dalam program berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Rakan Lestari Tawau, Darmansa Samsuddin berkata, program ini dapat mengumpulkan peserta daripada pelbagai pihak dan peringkat umur.

Katanya, banyak NGO belia dan agensi kerajaan yang terlibat dengan penganjuran ini untuk bergotong-royong membersihkan kawasan di Persisiran Traulsen.

“Program sebegini akan diteruskan dengan lebih kerap lagi supaya kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar ini sentiasa menjadi keutamaan oleh masyarakat di daerah Tawau.

“Kami telah merancang untuk melaksanakan program ini di kawasan-kawasan tumpuan pelawat termasuklah Tugu Peringatan Tawau,” katanya.

Turut hadir, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Mohd Shoffian Mohd Said dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Apas, M Aziriansyah Ali



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053522 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list