CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9817|Reply: 0

[Sarawak] Kajian keperluan penyelarasan gaji dan elaun baharu KMKK pada peringkat akhir

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian terperinci bagi keperluan penyelarasan gaji dan elaun baharu ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di negeri ini.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata penyelarasan ini elaras dengan peranan, tanggungjawab serta bebanan tugas yang semakin mencabar di samping keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya kali terakhir Kerajaan Sarawak membuat penyelarasan gaji bagi KMKK pada 2018 dan ini melibatkan kenaikan gaji serta elaun bulanan RM100.

Beliau berkata terdapat pertambahan jumlah jawatan KMKK dari 2015 hingga 2024 iaitu 1,532 dan setakat ini terdapat 671 ketua masyarakat dan 6,921 ketua kaum di seluruh Sarawak.

"41 temenggung dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan dan kenaikan gaji tahunan (KGT) RM40 setahun. 88 Pemanca dengan gaji permulaan  RM1,300 sebulan dan kenaikan gaji tahunan (KGT) RM30 setahun.

"542 penghulu dengan gaji permulaan  RM1,100 sebulan dan kenaikan gaji tahunan (KGT) RM20  setahun dan 6,921 orang ketua kaum dengan elaun RM900 sebulan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sehubungan itu, katanya kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM86.6 juta setahun untuk tujuan pembayaran gaji ketua masyarakat serta elaun ketua kaum.
Jumlah ini melibatkan peningkatan sebanyak RM12.5 juta iaitu 15 peratus berbanding tahun 2020, tambahnya.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketua kaum juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.

"Setakat ini, terdapat  6,921 institusi JKKK di seluruh Sarawak dan seramai 6,921 setiausaha JKKK dengan jumlah ahli keseluruhan seramai 72,000 orang," katanya.

Beliau berkata setahun untuk tujuan pengurusan JKKK yang merangkumi pembayaran elaun setiausaha, elaun kehadiran mesyuarat dan elaun pengendalian mesyuarat kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM51.3 juta.

Ini adalah komitmen kerajaan bagi memastikan JKKK dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pembangunan komuniti di kawasan masing-masing, jelasnya.

Menjawab isu dibangkitkan ADUN Telian, Ngemah, Engkilili dan Batu Danau, Sikie berkata kerajaan setakat ini telah menerima  915 permohonan cadangan pengwujudan jawatan baharu KMKK dari semua bahagian di seluruh Sarawak.

Kesemua permohonan ini katanya, telahpun diteliti dengan mengambil kira garis panduan umum merangkumi antara lain keluasan kawasan, jumlah penduduk dan pertambahan bilangan rumah di kawasan tersebut.

"Permohonan ini akan dibentang kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Hal Ehwal Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk pertimbangan selanjutnya," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.126117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list