CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41419|Reply: 0

[Pulau Pinang] SK Stowell terima 20 peranti Smartboard bagi pembelajaran digital

[Copy link]
Post time 25-11-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode
SK Stowell terima 20 peranti Smartboard bagi pembelajaran digital

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 25, 2024 @ 5:27pm[email protected]




Steven Sim pada program penyerahan Smartboard kepada SK Stowell, Bukit Mertajam. - Foto KESUMA




BUKIT MERTAJAM: Hasrat Sekolah Kebangsaan (SK) Stowell, di sini yang ingin mempunyai skrin sentuh dan papan tulis interaktif (Smartboard) tercapai apabila 20 unit peranti digital bernilai RM360,000 itu siap dipasang sepenuhnya.

Ini sekali gus menjadikan sekolah berusia lebih enam dekad itu antara yang pertama dalam Parlimen Bukit Mertajam yang mempunyai peranti Smartboard bagi semua kelas.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, berkata beliau berbangga dengan usaha semua pihak dalam menyediakan kemudahan pembelajaran digital di sekolah itu.

"Pada Mac lalu, sejumlah hampir RM360,000 berjaya dikumpul bagi tujuan pemasangan peranti Smartboard ini.

"Saya berterima kasih kerana kesudian pelbagai pihak dan ibu bapa yang sanggup membantu saya dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menjayakan kutipan dana bagi kegunaan sekolah yang banyak berjasa kepada saya dan anak-anak kita," katanya ketika Program Penyerahan Rasmi Smartboard berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Steven yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sebagai bekas pelajar sekolah terbabit beliau turut berbangga kerana SK Stowell sentiasa bergerak ke hadapan bagi pembelajaran digital.

"Saya berharap sumbangan Smartboard ini memberi nafas baharu bagi proses membantu pelajar mendapat ilmu yang bermakna dalam era digitalisasi ini," katanya.

Terdahulu, Steven menyumbang RM100,000 kepada PIBG sekolah itu bagi menyokong dan membantu pihak sekolah merealisasikan pemasangan peranti Smartboard itu.

Pada masa sama, sekolah berkenaan turut mendapat sumbangan dari sebuah syarikat yang menyalurkan bantuan RM200,000 manakala RM60,000 disumbangkan pelbagai pihak bagi pemasangan 20 unit peranti Smartboard.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Stowell, Ahmad Anas Ismail berkata, beliau berterima kasih dan menghargai jasa wakil rakyat kawasan itu yang begitu komited membantu PIBG merealisasikan hasrat sekolah.

"Usaha gigih Ahli Parlimen Bukit Mertajam amat dihargai kerana beliau bertungkus lumus demi memastikan kejayaan pelaksanaan pemasangan Smartboard ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1328726/sk-stowell-terima-20-peranti-smartboard-bagi-pembelajaran-digital





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.620988 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list