CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30270|Reply: 10

Bantu Zahnita, Seniman sedia kaunselor pulihkan trauma - “Seniman memandang serius isu keganasan rumah tangga"

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode





Peka dengan situasi semasa, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedia membantu anak seni yang berdepan trauma, masalah kesihatan mental atau isu membabitkan kerjaya serta peribadi.


Presidennya, Zed Zaidi berkata, persatuan menyediakan bantuan perkhidmatan kaunseling seperti kes dilalui bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.


“Seniman memandang serius isu keganasan rumah tangga dihadapi Zahnita dan cuba membantu menerusi khidmat kaunselor terlatih bagi meringankan beban ditanggung.


“Bukan hanya pelakon itu, bantuan turut dibuka kepada mana-mana artis yang berdepan trauma mahupun masalah kesihatan mental yang menjadi antara usaha Seniman dalam membantu mereka untuk kembali pulih.


“Jika khidmat kaunselor itu diperlukan, kami sedia menolong mereka yang berdepan situasi sukar itu,” katanya kepada Kosmo! Online.


Menyifatkan insiden menimpa Zahnita sebagai isu domestik, namun Seniman enggan menutup sebelah mata tanpa menghulurkan sebarang pertolongan.


“Walaupun kes membabitkan Zahnita merupakan hal rumah tangga, pada pendapat saya selagi membabitkan penggiat seni kami tetap memberikan bantuan yang sepatutnya.


“Apa yang berlaku kepada beliau tidak sepatutnya terjadi kepada mana-mana wanita bergelar isteri dan seharusnya suami menjadi pelindung keluarga.


“Secara peribadi saya turut terkesan dengan situasi menimpa Zahnita. Keberaniannya merujuk kepada pihak berwajib selepas lama memendam rasa menjadi penyuntik semangat kepada orang lain,” ujarnya.


Sebelum ini Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.


Melalui media sosial, ibu empat anak itu berkongsi gambar dengan kesan lebam di wajahnya, sambil menjelaskan bahawa itu adalah punca beliau sering memakai kaca mata hitam dalam acara awam.


Berikutan itu, laporan polis dibuat mangsa pada 27 November lalu dan suaminya ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin.


Tidak tahan berada dalam rumah tangga toksik, beliau turut memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember lalu.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Awek cantikkkk (cantik lagi ke), kemain lanjuuuut maju kau ke depan yah, Jek Jaidi??
Cuba kalau nenek2 mcm Eton Me'on. Diam tak berkutik putik ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ko nk sgt kan dgn zahnita ni, tp kemain beego yang dapat. beego bawak lari zahnita pakai motor kapcai je k, ko anak dato tp xlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
SayaSayangMama replied at 6-12-2024 05:18 PM
dulu ko nk sgt kan dgn zahnita ni, tp kemain beego yang dapat. beego bawak lari zahnita pakai motor  ...

Hahaha.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Seniman ni model pun blh join ke

Rasa fishy sgt..semua ko nak tapau jek jedi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tu dh bnyk kali hadap isu yg sm
Masa sblm2 ni mana??
Not that she needed you pun

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
SayaSayangMama replied at 6-12-2024 05:18 PM
dulu ko nk sgt kan dgn zahnita ni, tp kemain beego yang dapat. beego bawak lari zahnita pakai motor  ...

Kereta dia ke yg langgor penyanyi..bilaaa adoi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiber Seniman. Sathiya yg sakit tu ko xnk bantu ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Seniman ni mmg takde org lain yg nak cabar jawatan president ke? Xde sesape yg nak tawarkan diri jadi calon ke? Mcm dah berkurun dia jd presiden.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
eww jijik tgk jed jaidi
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sape lah lantik dia ni jd president
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068970 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list