CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54392|Reply: 3

[Politik] Hak Melayu apa dirampas?Veteran Umno soal Dr M

[Copy link]
Post time 14-12-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-12-2024 11:49 AM

freemalaysiatoday.com
14 Dec 2024


Pengerusi Veteran Umno Othman Desa minta Dr Mahathir Mohamad dan PN tunjuk bukti hak orang Melayu dirampas sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan.


Kelmarin Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin PN bersatu untuk melawan ‘musuh bersama’ orang Melayu, sambil mendakwa hak komuniti itu dirampas secara beransur-ansur bawah kerajaan perpaduan.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin veteran Umno menggesa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya daripada Perikatan Nasional membuktikan hak orang Melayu dirampas sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan.

Pengerusi Veteran Umno, Othman Desa, berkata tidak adil Mahathir membangkitkan keresahan itu dalam kalangan orang Melayu tanpa menampilkan sebarang bukti yang didakwa hanya dibuat bagi kepentingan politik PRU16.


Menurut Othman, realitinya perkara itu tidak berlaku walaupun DAP yang dicanang sering membantah perkara berkait Melayu Islam berada dalam sebahagian kerajaan perpaduan.

“Kamu wujudkan suasana macam ini tapi dakwaan itu tak berlaku (sebaliknya hanya) wujudkan keresahan rakyat Malaysia, itu termasuk dalam 3R (kaum, agama dan raja).

“Kalau boleh tunjukkanlah bukti,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Mahathir dan beberapa pemimpin PN bersatu untuk melawan ‘musuh bersama’ orang Melayu, sambil mendakwa hak komuniti itu dirampas secara beransur-ansur bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tanpa mendedahkan hak Melayu yang dirampas itu, bekas pengerusi Bersatu mendakwa ramai orang Melayu lantang bersuara berdepan tekanan kerajaan termasuk pendakwaan di mahkamah.

Othman yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut mempersoalkan sama ada dakwaan itu dibuat hanya kerana keberadaan DAP dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Amanah Azli Yusof pula berkata sentimen dibangkitkan hanya untuk meraih simpati dan sokongan pada PRU16.

Sama seperti Othman, beliau mahu bekas Ahli Parlimen Langkawi memberi penjelasan lanjut berhubung kenyataan dikeluarkan.

“Dalam hal ini, pembangkang menggunakan Mahathir untuk mendapat sokongan politik, Mahathir berpaut kepada pembangkang untuk melindungi kepentingan peribadi beliau.

“Siapakah orang Melayu yang ditekan kerana lantang itu? Adakah didakwa tanpa punca? Ditahan tanpa alasan? Apakah hak orang Melayu yang dirampas?” tegas Ahli Parlimen Shah Alam.


Beliau turut mendakwa perbuatan itu memberi persepsi tidak baik terhadap institusi raja dalam kancah politik.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hak kebebasan bersuara kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 06:41 PM | Show all posts
Hak beragama mengikut keimanan sendiri. Bukan dirampas tapi dinafikan sejak azali.

Agama melayu telah ditetapkan oleh undang2. Satu2nya didunia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
HIDUP MELAYU!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.102155 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list