CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 35692|Reply: 44

[Tempatan] Masih ramai kemaruk nak berlaki, 2 wanita pecah rekod ditipu RM4.7 juta kekasih alam maya

[Copy link]
Post time 17-12-2024 11:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-12-2024 09:51 AM



Menurut beliau, mangsa telah membuat 306 transaksi ke dalam 50 akaun bank berbeza dan hanya menyedari ditipu pada November lepas sebelum membuat laporan polis semalam.


KUALA LUMPUR: Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam kes di Sabah, seorang akauntan wanita berusia 67 tahun kerugian RM2.2 juta selepas diperdaya seorang lelaki mendakwa warga Amerika Syarikat yang dikenalinya di Facebook sejak Oktober 2017.

Beliau berkata wanita berkenaan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan selepas sebulan berkenalan dan telah bersetuju membantu suspek mendakwa ahli perniagaan yang berhasrat berpindah ke Malaysia dengan membuat pembayaran berjumlah RM5,000 ke dalam akaun diberikan.

"Suspek kemudiannya terus meminta wang dengan pelbagai alasan seperti masalah peribadi dan urusan perniagaan," katanya pada sidang media di Pejabat JSJK di sini hari ini.

"Siasatan mendapati sebahagian wang itu adalah hasil pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata seorang wanita berusia 57 tahun mengalami kerugian RM2.47 juta akibat terjerat dalam love scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga England di Facebook, sekitar April lepas.

"Setelah berinteraksi selama dua minggu, lelaki tersebut mendakwa ingin datang ke Malaysia bertemu mangsa. Bagaimanapun, drama bermula apabila mangsa dihubungi individu yang mengaku sebagai pihak kastam, mendakwa telah menahan lelaki itu kerana membawa masuk wang tunai sebanyak RM4.66 juta atau US$5 juta.

"Bagi membebaskannya, mangsa yang berkerja di sektor swasta itu telah diminta membuat pembayaran untuk mendapatkan sijil pengesahan daripada pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kedutaan dan telah membuat 13 kali pindahan wang ke 13 akaun bank berbeza dengan nilai keseluruhan kira-kira RM2.47 juta," katanya.

Ramli berkata mangsa yang menyedari telah ditipu telah membuat laporan pada 28 Nov lepas.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan berusia 61 tahun mengalami kerugian sebanyak RM804,903 akibat terperdaya dengan taktik licik sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai pegawai Tenaga Nasional Bhd cawangan Kuantan, Pahang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bil elektrik rumah di Kuantan.

Ramli berkata pesara lelaki itu yang menerima panggilan pada 15 Nov lepas, menafikan beliau memiliki rumah tersebut dan panggilannya telah disambungkan kepada dua individu mendakwa 'Inspektor Fahmi’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan 'Datuk Fauzi' dari BNM.

"Mangsa diarahkan oleh Datuk Fauzi untuk melapor diri setiap hari kepadanya dan menyerahkan kad bank serta nombor pin atas alasan siasatan lanjut. Akibat tertekan, mangsa menyerahkan kad bank miliknya dengan meletakkan di atas tembok pagar rumah selain diarahkan mengeluarkan wang simpanan dan memasukkannya ke dalam akaun diberikan sindiket.

"Mangsa turut beberapa kali membuat pemindahan wang ke akaun lain yang diarahkan sindiket, kononnya bagi mengelakkan daripada direman," katanya.

Ramli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan pada 6 Dis lepas.

Menurut Ramli, ketiga-tiga kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BERNAMA










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 03:29 AM | Show all posts
Adoi....sampai byk mcm tu kene.

Aku hampir kene dgn love scammer tapi sib bek aku sedar cepat.

Kes atas tu lama giler scammer tu groom org tu yek....nasib lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:11 AM | Show all posts
Baru2 ni i dapat call scammer...konon my phone bill monthly dpt 40% diskaun..ingatkan betul, so dia mintak emel utk verify ..i argue balik, kalau dah layak dapat diskaun kenapa pulak nk kena verify bagai, kau kasi je la dah ada detail semua..oh standard procedure katanya..

Sambil tu i google rupanya mmg scam call...i gertak dia balik, you think i dont know where youre operating from? You dont know what i am capable of. Right now i am intercepting this call and you are at ***..havent you got better things to do? What your parents would think if they know you are scamming people? You will rot in hell bla bla...terkesima si scammer...last i sergah suruh letak phone terus dia off..

Lama x dpt scam call, lepas geram


  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempena cuti sekolah naik sekolah puasa raya mmg scammer gigih cari duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau gini nk salahkan scammer pon x smpai hati. 306 transaksi, 50 akaun berlainan. Anggap je la sedekah kak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
orang betul pun betul2 kawen oun kena tipu jugak

bongok2 menusia kat dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua wanita berusia yang teringin dirangkul oleh lelaki putih, akhirnya tidur dengan selimut kapas tanpa teman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
depa pun target org yg dah nak nyanyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Scammer kes pertama tu lama juga invest emosi since 2017 utk dpt return 2024 . Kes kedua since bln april.. mmg sweet talker agaknya.. kesian la org2 tua kena scam.. penat2 keje, habis duit epf.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tatau la nk kesian or padankan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Target yg berusia atas faktor kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:41 AM | Show all posts
biarlah, mungkin duit yang dia dapat jugak dari sumber yang haram, semoga bertabah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:50 AM | Show all posts
Zeelalala replied at 17-12-2024 07:29 PM
Adoi....sampai byk mcm tu kene.

Aku hampir kene dgn love scammer tapi sib bek aku sedar cepat.

Ntahlah...

Ramai yang kesunyian tapi memilih cinta manusia....

Boleh je bercinta dengan kucing...



Keluarkan duit banyak-banyak untuk menyantuni kucing-kucing lagi berfaedah... dapat pahala lagi...

Alaaaa... malaslah nak cakap bebanyak...

Bak kata nabil dulu-dulu... Lu pikir la sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:22 AM | Show all posts
nijam latest i dapat call..
your resume in jokstrik has bing approve..
please contek me wire waksap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2024 11:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 11:37 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-12-2024 11:22 AM
nijam latest i dapat call..
your resume in jokstrik has bing approve..
please contek me wire waksap. ...

Pun sama gak, pagi tadi... aku haa kan aje la.
Walhal dia buleh jer maklumkan melalui email... tapi gigih tepon jugak. So, red flag disitu.

Tapi kalau scam call yang lain-lain tu, jika ada masa terluang memang aku akan layan sampai sambungan talian kecemasan IPK.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:58 AM | Show all posts
sbb tu sekrg meols tak jawab HP kalu number yg tak kenal...kalu betul penting, diorg bole msg dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:07 PM | Show all posts
duit je banyak,, tapi akal kurang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:24 PM | Show all posts
Contoh ayat yang buat awek jadi serba salah

Takkan u RM100k pun tak ada tolong i ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.079698 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list