CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50551|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat bulan lalu

[Copy link]
Post time 28-12-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Yusri (kanan) bersalaman dengan anggota polis trafik semasa mengadakan Lawatan Kerja Rasmi JSPT di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, hari ini. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Ops Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata daripada jumlah saman itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).

"Saman tertinggi melibatkan kesalahan tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sebanyak 10,859 notis, diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu telah tamat tempoh (2,179).

"Bagi kesalahan bawa muatan lebih had ditetapkan, kertas siasatan dibuka melibatkan 380 kenderaan manakala 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan satu bas telah disita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di Ibu Pejabat Daerah Seremban, di sini hari ini.

Beliau berkata JSPT turut menahan 45 pemandu kenderaan perdagangan, dengan 12 daripadanya dituduh di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bakinya didakwa atas akta lain.

Terdahulu Mohd Yusri menganugerahkan sijil penghargaan kepada Kamarul Ekhsan Abdul Ghani, 46, atas tindakan pantasnya menahan sebuah lori yang mengalami kerosakan tayar bagi mengelakkan kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, baru-baru ini.

Ketika ditemui pemberita, Kamarul Ekhsan yang merupakan seorang mekanik dari Seremban berkata beliau tidak menyangka akan menerima penghargaan, pertama kali dalam hidupnya.

"Saya memang terkejut video itu tular, saya rakam dan letakkan di Facebook pada 5 Oktober lepas, tak sangka tontonannya cecah 400,000 dalam tempoh 24 jam, dan sehingga kini video itu mendapat 1.7 juta tontonan. Saya tak pernah fikir untuk cari publisiti, cuma nak bantu.

"Saya fikir kalau tidak hentikan lori itu musibah mungkin berlaku. Jadi sebelum ia terjadi, saya cuba tahan (lori), ia adalah tanggungjawab saya sebagai umat Islam… saya ikut lori bermuatan 40 tan itu kira-kira tiga kilometer sebelum pemandu menghentikan lorinya," kata bapa kepada dua anak itu.

Dalam kejadian Oktober lalu, Kamarul Ekhsan yang dalam perjalanan ke Johor Bahru ternampak tayar bahagian belakang sebelah kanan lori Hino yang bergoyang seperti mahu tercabut, sebelum tiga kali memintas lori itu memintanya untuk berhenti. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.049593 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list