CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4894|Reply: 0

[Sarawak] Larian Tahun Baharu 2025 anjuran Pemuda PDP Wilayah Tengah pada 18 Jan ini

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:28 AM | Show all posts |Read mode


Orang ramai dipelawa untuk menyertai Larian Tahun Baharu 2025 anjuran Pemuda PDP Wilayah Tengah pada 18 Januari ini.

SIBU: Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Wilayah Tengah akan menganjurkan Larian Tahun Baharu 2025 bertempat di Dataran Komersial Pulau Lihua di sini pada 18 Januari ini.

Menurut jurucakapnya, acara pelepasan akan dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan penganjurannya adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda.

"Larian 3.8 kilometer yang mesra keluarga ini juga bertujuan merapatkan hubungan dalam komuniti sambil menyambut perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

"Dengan pelbagai acara meriah yang bakal berlangsung, larian ini bukan sekadar acara sukan, tetapi juga peluang untuk bersama keluarga dan rakan-rakan menikmati aktiviti yang sihat sebelum memulakan sambutan perayaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, penganjur berharap acara ini dapat memberi impak positif dan membudayakan aktiviti fizikal dalam kalangan anak muda.

Bagi mereka yang ingin turut serta, terdapat tawaran pendaftaran istimewa untuk 500 peserta terawal dengan harga yuran penyertaannya hanya RM39.90.

Manakala pendaftaran normal (selepas 500 peserta) yuran penyertaan adalah RM49.90 sementara RM59.90 untuk pendaftaran lewat.

"Dengan semua harga tersebut, peserta akan menerima 'bib' larian dan baju-T larian eksklusif, serta medal sebagai tanda penghargaan bagi mereka yang berjaya menamatkan larian," ujarnya lagi.

Beliau berkata, larian ini adalah salah satu usaha mereka untuk memupuk kesedaran kesihatan dalam kalangan belia, selain merapatkan hubungan sesama masyarakat.

"Kami ingin melihat lebih ramai anak muda di Wilayah Tengah berasa terinspirasi untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif," tambahnya.

Pendaftaran kini dibuka di https://iconceptevents.com/2025nyr/ dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Willie Ling di talian 012-8852460.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.157061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list