CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4990|Reply: 0

[Sarawak] Persatuan Melanau Sibu diseru fokus pembangunan modal insan, ekonomi digital

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:30 AM | Show all posts |Read mode


(Empat kanan) Abdullah memukul gong sebagai simbolik penangguhan Fiesta Jom Adik Kakak 2025 di Sibu, malam tadi.

SIBU: Persatuan Melanau Sibu (PMS) diseru menilai semula objektif dan visi mereka dengan memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan ekonomi digital, selain mengekalkan aktiviti kebudayaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata keadaan ekonomi Sarawak yang semakin baik perlu dimanfaatkan untuk membantu generasi muda Melanau.

“Saya mencadangkan agar persatuan mempelbagaikan program mereka. Selain budaya, fokus perlu diberikan kepada pendidikan, latihan, dan ekonomi digital.

“Contohnya, generasi muda perlu didedahkan kepada perniagaan dalam talian dan bantuan kerajaan seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS),” katanya ketika ditemui pemberita setelah merasmikan majlis penangguhan Fiesta Jom Adik Kakak 2025 anjuran Persatuan Melanau Sibu, di sini malam tadi.
Hadir sama, pengerusi PMS Mohamad Anis Ili.

Beliau turut menyarankan persatuan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program pembangunan kerjaya atau bengkel keusahawanan untuk membantu ahli yang belum mendapat pekerjaan.

“Persatuan juga perlu mewujudkan pangkalan data tentang pelajar Melanau di universiti, termasuk kursus yang diambil dan cabaran kewangan mereka.

”Jika ada masalah kewangan, kerjasama dengan Yayasan Sarawak atau agensi lain boleh dirangka bagi memberi taklimat tentang bantuan pendidikan,” tambah beliau.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu, persatuan perlu menjadi pusat maklumat dan inovasi, memanfaatkan insentif kerajaan seperti pemberian wang saku RM1,200 kepada pelajar yang diumumkan dalam Belanjawan terkini.

Beliau turut mencadangkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS)untuk membawa ikon muda berjaya seperti usahawan digital, sebagai inspirasi kepada generasi baharu.  

Dalam perkembangan lain, Abdullah menyokong permohonan persatuan untuk menjadikan bangunan PMS sebagai bangunan warisan.

“Bangunan ini merupakan persatuan Melanau pertama di Sarawak dan mempunyai sejarah penting, termasuk melahirkan pemimpin seperti Tun Taib Mahmud.
”Usaha menaik taraf bangunan yang telah berusia 80 tahun dengan galeri sejarah wajar dipertimbangkan,” jelas beliau.

Beliau yakin kerajaan negeri, melalui Kementerian Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan di bawah Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mampu menyalurkan peruntukan bagi memartabatkan sejarah dan warisan komuniti Melanau.

Sementara itu, Fiesta Jom Adik Kakak 2025 turut menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan pameran bagi meraikan warisan Melanau di Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041464 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list