CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7961|Reply: 1

Wanita maut dimakan babi

[Copy link]
Post time 10-1-2025 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan. - Getty Images


COLUMBUS, OHIO – Seorang wanita ditemui mati selepas dimakan oleh beberapa ekor babi yang kelaparan di hadapan rumahnya di negeri Ohio, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian berlaku di bandar Pataskala selepas mangsa bernama Rebecca Westergaard Rigney, tidak pulang meraikan perayaan Krismas bersama keluarganya

Timbalan Koroner Licking, Jeff Lee berkata, Rigney ditemui tidak bernyawa di tangga apartmennnya dengan kecederaan pada bahagian kaki.

“Anggota-anggota polis yang tiba di tempat kejadian menemui seekor babi gergasi dan beberapa ekor babi lain.

“Babi-babi tersebut dikuarantin oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” kata Lee.

Kematian Rigney dianggap sebagai tidak disengajakan selepas haiwan ternakan itu membaham mangsa.

“Bedah siasat mendapati punca kematian Rigney disebabkan pengambilan ubat pencair darah untuk masalah jantung.

“Mangsa  diserang di kaki menyebabkan pendarahan tanpa henti,” katanya.

Ketua Polis Pataskala, Bruce Brooks menyifatkan kes itu sebagai keadaan yang mengerikan dan mengelirukan.

“Pihak berkuasa tidak pasti apa yang perlu dilakukan kerana babi yang terlibat bukan haiwan seperti anjing yang biasanya agresif dan menyerang orang ramai,” tambah Brooks. – AGENSI

10 Januari 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 02:55 PM | Show all posts
Expression dalam gambar itu sungguh seram. Like "apa tengok-tengok?"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048978 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list