CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8106|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar di Sibu

[Copy link]
Post time 16-1-2025 02:15 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong, Sungai Bidut di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Ngu Hieng Sie, 58, ditemukan dalam keadaan terlentang dalam parit dipenuhi air.

Beliau berkata panggilan kebakaran telah diterima pada jam 7.50 malam dan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, terus digerakkan ke lokasi.

“PKO menemukan lelaki tersebut di dalam parit dipenuhi air berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai telah terkena renjatan elektrik, kerana semasa diperiksa masih terdapat aliran elektrik di kawasan berair tersebut,” katanya dalam kenyataan awal pagi hari ini.

Ngu berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi penghuni tidak berada di rumah kerana keluar ke bandar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.448283 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list