CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8943|Reply: 0

[Kedah] Rumah terbengkalai jadi tempat berteduh lima beranak

[Copy link]
Post time 19-1-2025 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-1-2025 12:37 PM

Rumah terbengkalai jadi tempat berteduh lima beranak

ROSHILA MURNI ROSLI
19 Januari 2025 09:10am




Salmah menunjukkan rumahnya yang terbengkalai yang menjadi tempat mereka anak beranak berteduh.




KUBANG PASU - Sebuah keluarga di Kampung Bukit Berangan Mukim Binjal di sini terpaksa berteduh di rumah terbengkalai sejak kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran Jun tahun lalu.

Salmah Ismail, 62, berkata, rumah batu milik mereka itu dibina oleh suaminya sejak 1996 secara sedikit demi sedikit untuk keselesaan mereka sekeluarga.


Katanya, pada asalnya mereka tinggal di rumah kayu setingkat dalam kawasan yang sama sebelum ia musnah 100 peratus akibat dijilat api.

]
Mohd Zuki sedang menyiapkan sebuah meja yang diperbuat daripada kayu cengal.




“Lepas rumah terbakar, penghulu bagi kami tumpang duduk di rumah transit di Taman Pulasan selama 28 hari.


“Selepas itu, kami balik duduk di rumah yang tak siap ni la sampai sekarang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Sabtu.

Menurutnya, rumah terbabit tidak mempunyai dapur, tingkap, pintu dan lantai yang sempurna.


]
Salmah menunjukkan bilik tidur mereka yang berlantaikan tanah.




“Nak masak pun tak boleh, hari-hari terpaksa beli makanan kat kedai. Bila rumah tak siap macam ni, tidur malam pun tak lena sebab takut,” katanya.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, dia juga risaukan keselamatan anak perempuan bongsunya yang mengalami masalah mental.

“Pintu rumah pun tak ada, takut dia lari keluar. Sebab itu, suami tak boleh keluar bekerja terpaksa jaga dia kat rumah,” katanya.

Ujarnya, pendapatannya sebagai penjual buah tidak seberapa dan boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

“Selalu modal RM100 beli buah, dapat balik pun RM100 juga, duit tu juga la beli makanan untuk isi perut.

“Bil elektrik dan air pun tertunggak sampai RM700, tak tahu nak ambil duit mana bayar,” katanya sayu.

Sementara itu, suaminya Mohd Zuki Syawal, 68, berkata, sambil menemani anaknya di rumah dia turut bertukang membuat pelbagai perabot dari kayu cengal.

“Saya ada kemahiran untuk mengukir kayu, dulu saya pernah kerja dengan orang. Tapi selepas saya ditipu saya balik buat sendiri di rumah saja,” katanya.

Jelas Mohd Zuki, dia telah menyiapkan beberapa meja kayu cengal dan hanya tinggal untuk di syelek sahaja.

“Saya tak berani nak buat banyak-banyak sebab tak ada tempat untuk simpan, ini pun saya tutup dengan plastik sahaja.

“Nak jual pun saya tak pandai, sebab tak tau macam mana nak pasarkan bila duduk di kawasan pedalaman macam ni,” ujarnya.

Jelas Mohd Zuki, dia sangat menghargai jika ada yang berminat untuk membeli perabot hasil air tangannya itu.

“Untung yang dapat tu boleh saya gunakan untuk kembangkan perniagaan perabot saya dan siapkan rumah untuk keluarga tinggal,” katanya.

Dalam pada itu kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Agro Bank (200 5071 000 101421) atau hubungi Salmah di talian 013- 6317915.

https://www.sinarharian.com.my/article/707983/edisi/utara/rumah-terbengkalai-jadi-tempat-berteduh-lima-beranak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048589 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list