CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6909|Reply: 0

[Kedah] Othman Hashim dilantik Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Othman Hashim dilantik Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar

BERNAMA - Januari 19, 2025 @ 2:06pm




Tan Sri Othman Hashim




LANGKAWI: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Othman Hashim dilantik sebagai Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pelantikan itu pada mesyuarat tertutup Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di sini hari ini.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan pelantikan secara rasmi Tan Sri Othman Hashim sebagai Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar.

"Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen anda semua dalam menyokong beliau melaksanakan mandatnya sebagai Utusan Khas," kata Mohamad semasa menyampaikan intervensi mengenai Kajian dan Keputusan Pemimpin ASEAN terhadap Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar.

Othman, yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), adalah utusan khas kelima yang dilantik sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 yang mencetuskan krisis politik dan kemanusiaan di negara itu.

Othman, yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya, telah berkhidmat dengan Kementerian Luar Negeri selama lebih tiga dekad, memegang pelbagai jawatan dalam kementerian itu serta perwakilan diplomatik di luar negara.

Beliau pernah bertugas di beberapa negara termasuk Romania, Switzerland dan China.

Othman juga pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Republik Czech, Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Duta Besar ke Amerika Syarikat.

Beliau turut diiktiraf di Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi-sesi tetap UNHRC antara 2009 dan 2012.

Pada September 2013, beliau kembali ke Putrajaya dan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, jawatan eksekutif tertinggi dalam kementerian.

Othman mengetuai kementerian semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015 serta anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dari 2015 hingga 2016 sebelum bersara pada 2016.

Isu Myanmar tertumpu kepada krisis politik dan kemanusiaan berikutan rampasan kuasa tentera 2021 terus menguji perpaduan ASEAN, termasuk prinsip tidak campur tangan dan konsensus dalam mengekalkan kestabilan serantau serta hak asasi manusia.

Tumpuan kini terarah kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini, dengan harapan terhadap peranan negara dalam memacu kemajuan serantau. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1351235/othman-hashim-dilantik-utusan-khas-pengerusi-asean-mengenai-myanmar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.147206 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list