CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11277|Reply: 0

[Kedah] Gencatan senjata di Gaza diharap segerakan penyelesaian dua negara

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Gencatan senjata di Gaza diharap segerakan penyelesaian dua negara

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Januari 20, 2025 @ 3:44pm [email protected]





Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (tujuh, kanan) bergambar bersama Menteri-menteri Luar ASEAN pada Permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC). - Foto BERNAMA





LANGKAWI: Menteri Luar ASEAN berharap perjanjian gencatan senjata di Gaza dapat dilaksanakan segera secara komprehensif dan aman bagi mencapai matlamat penyelesaian dua negara.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN memberi penekanan kepada pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dengan sebarang penahanan selepas ini tidak dilakukan.

'Kami menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza dan menggesa pelaksanaannya dijalankan segera dan secara menyeluruh.

"Kami menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, khususnya warganegara ASEAN, wanita, kanak-kanak, orang sakit dan warga tua.


"Semua pihak berkepentingan digesa bekerja ke arah penyelesaian konflik secara aman dengan matlamat merealisasikan penyelesaian dua negara selaras undang-undang antarabangsa dan resolusi dicapai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) pada 10 Mei lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memutuskan untuk menaik taraf hak Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara pemerhati, namun tidak menawarkan keahlian penuh yang memberikan hak untuk negara itu mengundi di Perhimpunan Agung.

Pada masa sama, Menteri Luar ASEAN turut menyatakan kebimbangan terhadap perang yang berterusan di Gaza dan Timur Tengah serta situasi kemanusiaan yang kritikal di Palestin selepas keadaan semakin memburuk akibat serangan 7 Oktober lalu.

Katanya, ASEAN mengutuk semua serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam, yang mengakibatkan sejumlah besar korban jiwa, terutamanya wanita dan kanak-kanak tidak bersalah.

"Serangan juga mengakibatkan akses yang terhad kepada makanan, air dan keperluan asas lain yang membawa kepada kemerosotan krisis kemanusiaan di Gaza.

"Kami menekankan kepentingan mempergiatkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan, termasuk melalui proses pemulihan dan pembinaan infrastruktur di Gaza," katanya.

Rabu lalu, Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa untuk menamatkan siri serangan selama 15 bulan ke atas Semenanjung Gaza oleh tentera Israel.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1351633/gencatan-senjata-di-gaza-diharap-segerakan-penyelesaian-dua-negara





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.455892 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list