CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23895|Reply: 0

[Kedah] Pembesaran LTAPP disebabkan permintaan tinggi syarikat penerbangan

[Copy link]
Post time 21-1-2025 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-1-2025 01:36 AM

Pembesaran LTAPP disebabkan permintaan tinggi syarikat penerbangan

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
20 Januari 2025 09:47pm





Rafizi pada sesi dialog bersama wakil pemain industri, GLC, badan berkanun, IPT, NGO dan pelajar di sebuah hotel pada Isnin.




ALOR SETAR - Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat penerbangan untuk menambah bilangan penerbangan di sesebuah lapangan terbang di negara ini kerana ia bergantung kepada permintaan penumpang dan juga untung rugi syarikat tersebut.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, syarikat penerbangan hanya akan berbuat demikian sekiranya mendapat permintaan tinggi seperti yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).


Menurutnya, pelaburan kapal terbang dan juga pelaburan pembesaran lapangan kapal terbang memerlukan bajet yang tinggi dan ia adalah antara dilema yang perlu dibuat pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

“Kalau ditanya pembesaran LTAPP bukan disebabkan mendapat kelebihan berbanding negeri-negeri lain, tetapi disebabkan oleh syarikat penerbangan yang nak terbang ke Pulau Pinang itu memang banyak, bukan sahaja dari seluruh Malaysia tapi dari seluruh dunia yang mahu mendarat ke lapangan itu.


“Di Kedah, kebanyakan pertumbuhan ekonomi berlaku di bahagian selatan seperti Kulim, Bandar Baharu dan Sungai Petani, jaraknya lebih dekat dengan Pulau Pinang menggunakan kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar,” katanya pada petang Isnin.

]
Rafizi (tengah) bergambar bersama hadirin selepas selesai sesi dialog di sebuah hotel Alor Setar pada petang Isnin.




Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama wakil pemain industri, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, institut pengajian tinggi (IPT), badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar di sebuah hotel di sini.


Jelas beliau, negara ini mempunyai banyak lapangan terbang namun masih ada lagi negeri yang mahu lapangan terbang dibina di kawasan mereka.


“Tapi boleh kira dengan jari berapa lapangan terbang yang buat untung. Jadi akhirnya empat lima tahun, maka ada permintaan untuk naik taraf lapangan terbang.

“Setiap satu pembinaan lapangan terbang (akan) habis RM100 juta hingga RM200 juta. Kalau kita luluskan, maksudnya hospital dan sekolah tidak boleh buat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, jika sesebuah lapangan tersebut berjaya mencapai kapasiti penumpang penuh, maka kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menaiktarafnya.

Menurutnya, jika kapasiti masih jauh maka sukar untuk diluluskan kerana akan menidakkan kepada keperluan yang lain yang lebih penting buat rakyat.

“Pada pandangan saya, kita perlu labur pada perkara kebaikan terbanyak (orang ramai), lapangan terbang bukan semua orang guna, orang kaya, yang berniaga yang guna.

“Lebih baik kita tumpu pada pembasmian kemiskinan, kesihatan, sekolah dan sistem kebajikan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pula, Rafizi berkata, kerajaan Kedah perlu melakukan sesuatu untuk menarik minat pengunjung datang ke negeri ini menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

“(Pagi) tadi saya dari Kuala Lumpur saya naik (kapal terbang ke Alor Setar) penuh. Saya diberitahu mereka datang ke Kedah untuk pergi ke Hatyai.

“Saya ada sebut pada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kita kena fikir bagaimana apabila orang datang ke Kedah ini untuk bercuti di sini, bukannya jadi persinggahan untuk ke negara jiran. Ini juga masalah yang besar juga,” tambah beliau.


https://www.sinarharian.com.my/article/708355/edisi/utara/pembesaran-ltapp-disebabkan-permintaan-tinggi-syarikat-penerbangan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.046058 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list