Rumah penduduk dinaiki air akibat limpahan Sungai Pasajahuira di La Paz, Bolivia - Foto: Agensi
LA PAZ - Seramai 18 orang orang maut manakala lebih 50,000 keluarga di lapan daripada 9 wilayah pentadbiran Bolivia terjejas akibat musim hujan yang bermula pada November, lapor Xinhua.
Sebanyak 12 majlis perbandaran pula diisytiharkan sebagai zon bencana dan 55 lagi berhadapan kesukaran teruk akibat banjir dan tanah runtuh, kata Timbalan Menteri Pertahanan Awam Juan Carlos Calvimontes pada Khamis.
Hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa minggu akan datang, berpotensi menyebabkan banjir lagi.
Juan Carlos berkata, pelan intervensi segera sedang diselaraskan dengan datuk bandar tempatan untuk mengurangkan kesan buruk cuaca ekstrem selain memudahkan penyaluran bantuan kepada komuniti paling teruk terjejas. - Bernama
|