CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3115|Reply: 0

[Sarawak] Bantu daftar golongan layak dapat bantuan kerajaan, seru Awang Tengah

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:42 PM | Show all posts |Read mode


(Dari dua kiri) Awang Tengah dan Dayang Morliah menyerahkan sumbangan TBC kepada anak-anak kelainan upaya di Lawas pada majlis tersebut.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru pegawai jabatan kerajaan, ketua masyarakat dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) membantu mendaftarkan golongan yang layak mendapatkan bantuan kerajaan.

Tegasnya, usaha untuk membantu mereka yang memerlukan wajar dimulakan dengan mendaftarkan mereka di bawah Sumbangan Keperluasn Asas Sarawak (SKAS), Kenyalang Gold Card (KGC) dan S Pay Global melalui pejabat daerah masing-masing.

“Pegawai dan pemimpin NGO, ketua masyarakat perlu membantu masyarakat kita dengan mendaftarkan mereka bukan saja Kenyalang Gold Card, S Pay dan sebagainya untuk membolehkan mereka mendapatkan barangan asas bagi yang layak.

“Tolong mereka (masyarakat) dengan meningkatkan usaha kita untuk membantu termasuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya melalui pejabat daerah supaya bantuan yang disediakan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya pada Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina (TBC) Daerah Lawas 2025 di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.

Turut hadir isteri beliau Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menjelaskan, Sarawak akan terus kukuh dan stabil sekiranya masyarakat terus hidup bersatu padu dan bekerjasama.

“Kita dapat menikmati keadaan aman damai jika kita bersatu padu, dengan itu kita dapat menumpukan dalam usaha membawa perubahan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Kalau berpecah belah kita akan lemah, justeru kita hendaklah sentiasa menghormati dan menghargai kepelbagaian ini sebagai satu keunikan yang merupakan kunci kepada kemajuan sosioekonomi negara,” ujarnya.

Kata beliau, tahun ini membuka lembaran baharu agar rakyat memperbaharui azam dan usaha untuk terus maju dalam dunia yang semakin mencabar dan berubah.
“Kita perlu sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan, khususnya dalam dunia moden,” katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068497 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list