CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3344|Reply: 0

[Sarawak] Premier terima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:51 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (lapan kiri) merakamkan gambar bersama delegasi Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN diketuai Mastura (lapan kanan). - Gambar Penerangan

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Delegasi diketuai Timbalan Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mastura Ahmad Mustafa.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas kerjasama sebagai tuan rumah Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN (SEOM) yang berlangsung dari 22 hingga 24 Januari di sebuah hotel di sini.

Menurut Mastura, Premier telah berkongsi pandangan mengenai fokus dan kekuatan kerajaan negeri terutamanya dalam industri tenaga boleh diperbaharui dan inisiatif pendigitalan termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang selaras dengan hala tuju kementerian.

Tambahnya, ASEAN pada tahun ini turut memberi penekanan kepada bidang yang serupa, selain memfokuskan usaha untuk mencapai kesejahteraan ekonomi serantau dalam kalangan negara anggota.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perdagangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei, Nor Zerlina Momin, Ketua Pengarah Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan Kemboja, Long Kemvichet, Pengarah Perundingan ASEAN Kementerian Perdangangan Indonesia, Dina Kurniasari, Ketua Pengarah Jabatan Rundingan Perindustrian dan Perdagangan Laos, Saysana Sayakone serta para delegasi dari negara ASEAN yang lain.

Sejurus selepas itu, Premier turut menerima kunjungan hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil.

Anuar ketika ditemui menyatakan kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan kerjasama antara MDEC dan agensi-agensi dalam ekosistem ekonomi digital Sarawak.


Abang Johari (empat kanan) merakamkan gambar bersama delegasi MDEC diketuai Anuar (empat kiri). - Gambar Penerangan

Beliau turut menambah perbincangan bersama Premier diadakan untuk meneroka peluang dan kaedah bagi MDEC membantu kerajaan negeri menarik pelaburan digital ke Sarawak.

Turut mengiringi  Anuar pada kunjungan hormat itu pegawai-pegawai kanan dari MDEC Datuk Fadzli Abdul Wahit, Wan Murdani Wan Mohamad dan Mohideen Abdul Kader.

Premier turut berharap MDEC dapat bekerjasama dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) untuk merealisasikan misi pendigitalan di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.179807 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list