CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3432|Reply: 0

[Sarawak] 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:54 PM | Show all posts |Read mode


Lukanisman Awang Sauni menampal poster larangan merokok pada Program Tinjauan Mesra Premis Bersih dan Bebas Asap (BeBAs) di pusat makanan laut di Kuching hari ini.-Gambar BERNAMA

KUCHING: Sarawak kini mempunyai sebanyak 45 kamera badan untuk digunakan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negeri itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.

“Dengan adanya kamera badan ini semua perkara akan dirakam, kadang-kadang pegawai kita yang bertugas di lapangan pernah dikatakan dengan perkataan-perkataan tidak baik dan malah ada juga yang diserang.

“Penggunaan kamera ini juga adalah untuk menjaga integriti kita kerana ada kes di mana apabila pegawai mahu keluarkan kompaun ada mereka yang menawarkan sesuatu kepada pegawai,” katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di sini, hari ini.

Lukanisman berkata KKM juga akan melihat keperluan untuk menambah kamera itu buat penguat kuasa di Sarawak.

“Buat masa ini kita tidak mempunyai satu jumlah yang tertentu (untuk tambah) kerana peralatan tersebut melibatkan kos pembelian dan selenggara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Hospital Petra Jaya di sini, Lukanisman berkata projek berkenaan telah mencapai 82 peratus dan dijangka siap Ogos ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.113427 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list