![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250125/5c00f762-9138-4ecd-8282-5204bfda320c.jpeg)
LAWAT: Christina (kanan) semasa melawat salah sebuah kedai di Kampung Air bagi mengedarkan kalendar 2025 serta jemputan untuk menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan negeri pada 30 Januari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Seri Panglima Christina Liew menggesa pihak berkuasa berkaitan agar memastikan tiada gangguan bekalan air sepanjang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
Beliau berkata demikian selepas menjalankan tinjauan dan menyerahkan beg goodies kepada peniaga di sekitar pusat perniagaan di daerah ini.
"Sepanjang lawatan itu, ahli perniagaan dan komuniti menyatakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan terputusnya bekalan air sepanjang tempoh perayaan.
“Sekiranya berlaku, keadaan ini akan menyebabkan banyak kesulitan kepada masyarakat terutama kepada yang meraikan perayaan ini,” katanya semasa ditemui di lapangan.
Beliau diiringi oleh Setiausaha Politiknya Vivien Lee Mee Peng dan pasukan kebajikan.
|