CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3774|Reply: 0

[Sarawak] Seorang maut, tiga cedera kenderaan terbabas di Kuching

[Copy link]
Post time 27-1-2025 04:04 PM | Show all posts |Read mode




Keadaan kereta yang dinaiki mangsa bersama tiga lagi individu lain selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Abang Abdul Rahim, Kuching awal pagi Ahad. - Gambar IPD Kuching

KUCHING: Seorang maut, tiga lagi cedera termasuk dua yang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Abang Abdul Rahim di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang maut merupakan penumpang bahagian hadapan iaitu wanita warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 tahun.

"Pada 26 Januari 2025, jam lebih kurang 3.20 pagi satu kemalangan jalan raya maut telah berlaku melibatkan sebuah motokar di Jalan Abang Abdul Rahim, Kuching.

"Kemalangan melibatkan seorang pemandu dan tiga orang penumpang motokar yang memandu dari arah Jalan Padungan telah terbabas sendiri lalu menaiki pembahagi jalan dan melanggar tiang lampu serta pokok di atas pembahagi jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pemandu dan penumpang belakang kenderaan dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1897.

"Pihak polis menyeru mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6024758 / 082-259900 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Mohd Farhan menambah, jumlah kenderaan akan bertambah di jalan raya sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina akan datang.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042030 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list