CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3825|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis cari pemandu BMW kes langgar lari di BORR

[Copy link]
Post time 2-2-2025 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Polis cari pemandu BMW kes langgar lari di BORR

Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 2, 2025 @ 12:58pm[email protected]





Tangkap layar kejadian pemandu BMV yang dipercayai melanggar penunggang motosikal wanita sebelum melarikan diri di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam pada Khamis lalu.





BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati alamat pemandu berkenaan dikesan di Perak dan Johor.

"Siasatan sedang dijalankan yang mana kita meminta bantuan polis Perak dan Johor untuk mengesan pemandu terbabit," katanya.


Tangkap layar pemandu BMV yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sebelum melarikan diri di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam pada Khamis lalu.

Terdahulu tular dua video rakaman papar kereta (dashcam) di media sosial berdurasi 20 dan 21 saat memaparkan insiden langgar lari berkenaan jam 8.44 pagi.

Menerusi video berkenaan mendapati wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh selepas dilanggar pemandu sebuah BMW berwarna putih yang kemudian melarikan diri.

Difahamkan, wanita itu cedera kaki dan rahang sehingga memerlukan beberapa jahitan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1356456/polis-cari-pemandu-bmw-kes-langgar-lari-di-borr





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.245032 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list