CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6377|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki, teman wanita direman bantu siasatan bunuh ibu kandung

[Copy link]
Post time 3-2-2025 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki, teman wanita direman bantu siasatan bunuh ibu kandung

Nur Izzati Mohamad[email protected]





PEMUDA (kiri) bersama teman wanita dibawa polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Butterworth. FOTO Danial Saad





Butterworth: Seorang lelaki dan teman wanitanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh ibu kandung di Pangsapuri Orkid, di sini, pada Jumaat lalu.

Perintah reman bermula hari ini hingga 9 Februari depan itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek berusia 24 tahun dan 20 tahun itu.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di perkarangan mahkamah jam 10.49 pagi diiringi anggota polis bagi mendapatkan proses reman.

Difahamkan, suspek dan teman wanitanya diberkas polis di sebuah rumah di Paya Terubong dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi tadi susulan penemuan mayat wanita berusia 60 tahun yang dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini, tiga hari lalu.

Sebelum insiden berkenaan, difahamkan berlaku pertengkaran antara dua beranak terbabit.

Mangsa kemudian dikatakan telah dipukul suspek yang juga anak kandungnya menggunakan objek tumpul di kepala.

Berdasarkan semakan polis mendapati suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan memukul kedua-dua ibu bapanya dan positif dadah.



Disiarkan pada: Februari 3, 2025 @ 3:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183395/lelaki-teman-wanita-direman-bantu-siasatan-bunuh-ibu-kandung




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048818 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list